9 Cara Nak Tambah Follower Blog Dengan Mudah

- 03.34
advertise here

Banyak orang tertanya-tanya macam mana nak menambahkan bilangan follower dengan cepat dan mudah especially blogger baru. Aku pun tengah usaha jugak nak tambah follower ni. So, buat la sikit research and i came up with a conclusion.

1. Buat contest

Buat contest seperti Segmen : Sape Nak Tambah Follower. Sape yang nak masuk contest tu kena join blog penganjur dulu. Hadiah yang ditawarkan mesti gempak nak tarik ramai orang. Kejap je korang dah boleh capai jumlah follower 1k.

2. Join contest 
Mana-mana blogger yang ada buat contest/GA, rajin-rajin la join. Korang boleh berkenalan dengan blogger lain disamping naikkan trafik blog.

3. Join group Blogger Facebook

Ping entri korang di Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Ping dan sebagainya. Tengok senarai disini : Group Blogger Facebook

4.Join group Laman Web Komuniti Blogger

Bagi yang masih baru buat blog boleh daftar ke Apesal.com, Oh!Belog.com, GuaBlog.com, Busuk.org, Blogr.my serta Blogged.my yang mana ini diantara platform blogging terbaik. 


5. Blogwalking
Ada masa terjah la blog orang lain. Tinggal jejak di shoutbox. Tapi tinggal komen lebih berkesan kerana komen korang menarik perhatian penulis. Memberi komen juga membolehkan link blog korang terpapar di ruang komen bagi yang memasang CommentLuv dan korang berpeluang dapat do-follow backlink percuma (bagi yang dah tukar status blog dari nofollow kepada dofollow seperti blog aku ni) 


6. Elak guna ayat 'You Follow I Follow'
Nampak sangat tak ikhlas dan memaksa. Contohnya : 'Saya dah follow blog awak..follow saya balik' atau 'Awak follow saya, baru saya follow awak'.

7. Selalu guna ayat manis

Korang suka dipuji kan? So, puji blog orang lain untuk follow blog korang. Contohnya : 'Wah..doodles blog awak cantik la..saya follow kat sini ye :)' atau 'nice entri bro..sudi singgah la blog saya'.

8. Letak gambar cantik dan hensem

Memang lumrah manusia suka pada yang cantik dan hensem. So, edit-edit la gambar korang ye :). Tapi aku tak kisah, kalau blog tu berinfo, join je.

9. Elakkan letak gambar awek/pakwe

Rasanya blogger yang berstatus single ramai orang berminat nak follow. So, kurangkan letak gambar gf/bf korang ye.


P/S : Sesape yang baca entri ni, korang adalah blogger yang baik dan hensem dan comel. Jom join blog ni :)

 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search