Cara Mudah Nak Lajukan Laptop / PC Anda

- 01.39
advertise here

Laptop Asus aku dah seminggu masuk bengkel tukar HDD sebab asyik hang je. Sekarang ni terpaksa la guna balik laptop Acer aku yang lama. Loading pun kadang-kadang lambat. So, aku nak share la cara nak bagi laptop atau PC korang bagi laju sikit.

CARA PERTAMA

1. Buka notepad dan taip : mystring=(80000000). Pastikan sama macam dalam gambar di bawah ini. 

 

2. Save kat desktop. Jangan lupa tukar Save As Type kepada All Files. Namakan fail tu RAM.vbe ataupun korang boleh letak apa saja nama asalkan di hujungnya .vbe.


 
3. Maka akan jadilah macam ni. Double-click ikon tu dan rasailah kelajuan yang menakjubkan pada laptop atau PC korang..hehe

 

CARA KEDUA


1. Tambah RAM atau tukar OS (Operating System). Kalau korang guna Window Vista memang berat. Rasanya XP dan Window 7 takde masalah.


2. Rajin la clean up window untuk bersihkan temporary files dan delete file yang makan space. Korang boleh guna sofware CCleaner untuk bersihkan window laptop korang tu.


3. Selalu la defrag hard disk korang tu. Seminggu sekali pun dah kira ok.  

4. Uninstall mana-mana application, software atau folder yang korang tak guna.

5. Disable screensaver kerana screensaver ni guna banyak memori bila korang enable kan.


6. Untuk pengguna laptop, kalau korang 24 jam guna charger setkan power option korang kepada high performance.

7. Scan virus dan malware di laptop korang sebab kalau laptop banyak virus, jadi lambat jugak. Free antivirus kat sini http://www.filehippo.com/


8. Tukar kepada theme biasa..theme cantik tapi laptop berat saki hati je.


9. Letak coolingfan bawah laptop supaya tak overheat.
 

10. Beli je laptop baru :) 

P/S : Kalau dah buat semua cara kat atas tapi laptop korang masih lagi lambat, boleh la  bungkus pegi tanam kat kubur..kekeke..selamat mencuba.

Entri lain yang anda mesti baca :

 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search