Charles & Keith Present. Thank You Shakirin!

- 01.49
advertise here
Salam semua

Selepas didesak bertalu-talu daripada banyak pihak, akhirnya aku mengaku kalah! Surrender beb, bila gosip-gosip liar mula menular lebih-lebih lagi apabila keluar daripada mulut mak aku sendiri. Haish! 

" Kau dengan Kirin ni ada apa-apa ke?"

Teeeet!!! Diam dan tersipu malu. Gaya anak dara kena pinang. Kehkehkeh. Sumpah! Mak, kami tidak berpacaran. Tapi kami teman yang lebih-lebih-lebih mesra. Tak delah unsur-unsur cinta ni. Dan mungkin atas dasar persahabatan yang akrab itu lah mendorong My Other Half untuk menghadiahkan aku sebuah purse sempena kempen terkini Autumn Winter 2011  Charles & Keith dengan tema Forest Tales & Wild Life. 


Kelas kau Maria, bersarung bagai. 




Here it is....

Our favourite colour tu. Coklat, merah, hitam.

Kat bahagian merah hitam tu, dia letak bulu betul tau. bulu apa agaknya? Tapi, bukan bulu oink oink ye!

Nak pakai sayanglah!

Rezeki jangan ditolak beb, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada Kirin. Memang banyak gosip liar ditujukan pada kami sebab since aku first year sampai dah third year ni, kami memang sentiasa bersama. Siap ada orang kata aku dengan dia dah macam belangkas. Whateva! As long as aku tau keadaan sebenar dan pandai bawak diri, Insya-Allah semua akan selamat. Korang doakanlah aku dengan dia kekal sebagai kawan selamanya. Sebab dia adalah kawan terbaik aku! Nak baca kisah sebelum ni antara AKU & DIA


During College Dinner 2011



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search