Naikkan Trafik & Dapat Buffered Earning Di Innit Nuffnang

- 17.39
advertise here

Ramai yang pasang iklan Nuffnang kat blog tapi tak ramai yang tahu tentang rahsia Innit Nuffnang. Bagi yang belum tahu, Innit merupakan salah satu cara Nuffnang menolong blogger untuk meninggikan traffik blog. Dengan menggunakan Innit, korang dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke blog. Dikatakan,blogger yang selalu ping entri di Innit ada peluang cerah untuk dapat Buffered Earning. Hanya Nuffnangers yang mempunyai keahlian Glitterati saja boleh post entri di Innit. 

Cara Nak Ping Entri Di Innit 
 
1. Masuk laman web ini Innit.Nuffnang.com 
2. Tekan sign in dan masukkan email dan password Nuffnang korang. 
 

3. Bila dah sign in,tekan +ADD NEW POST dibahagian atas sebelah kanan. 
4. Kemudian, isi maklumat tentang entri korang dan SUBMIT.
5. Selepas itu, tekan NANG IT kat post korang atau kat blog post yang orang lain.

NANG IT ini lebih kurang macam butang LIKE kat Facebook, yang menunjukkan korang suka pada sesuatu entri. Semakin banyak orang NANG IT post korang, secara automatik blog korang akan muncul di dalam Innit Featured Posts . Jika post korang tersenarai dalam Featured Posts, semakin banyaklah traffik masuk ke blog korang tu.

Cara Untuk Tersenarai Dalam Featured Post


  
1. Post entri korang antara jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi sebab 9.16 mereka akan send email pada rakan rakan innit, memberitahu 10 post terbaru yang di hantar, mungkin post korang termasuk dalam list ini, jika ada, blog korang akan menerima traffik yang banyak.
 
2. Postkan entri korang pada jam 12 malam kerana waktu itu semua Featured Posts lama akan dibuang dan digantikan dengan post baru. Jika korang post pada masa ini, post korang akan tersenarai di dalam Featured Posts.
 
3. Tulis tajuk post yang menarik kerana tajuk yang menarik boleh menjamin entri korang mendapat jumlah Nang It yang tinggi dan seterusnya tersenarai paling lama di Featured Posts.

Entri lain yang anda mesti baca :  

    Advertisement
     

    Start typing and press Enter to search