6 Tips Menulis Entri Untuk Tarik Ramai Pembaca

- 03.27
advertise here


1. Mesti Ada Perenggan

Tak kisah la blog korang berbentuk peribadi ke, share maklumat atau pengalaman ke..yang penting setiap entri yang ditulis tu mesti ada perenggan. Bayangkan kalau entri korang tu ada 1000 patah perkataan dan takde perenggan pulak..baca tak sampai habis terus hilang mood. Perenggan ni memudahkan pembaca nak faham apa yang korang sampaikan. Kan masa sekolah dulu cikgu dah ajar setiap karangan mesti ada perenggan, boleh la apply dalam blog ni..kekeke

2. Entri Jangan Terlalu Panjang

Pembaca mudah bosan jika entri korang tulis tu terlalu panjang. 4 jam baca pun tak habis lagi. Kalau korang tetap nak tulis entri panjang jugak, pastikan certain points tu korang tulis dalam bentuk bullet list.

3. Ada Gambar

Letak gambar dalam entri pun penting jugak. Walaupun tajuk entri korang tak menarik tapi disebabkan gambar, terus pembaca klik entri korang untuk dibaca. Tak banyak pun paling kurang satu gambar pun dah cukup untuk mempengaruhi minat pembaca datang terjah ke blog korang. Ingat, a picture tells a thousand words.

4. Guna Perkataan Standard

Pastikan korang guna bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pembaca. Elak dari guna perkataan yang orang terbelit lidah nak sebut. Contoh : "sukerr hati mak ayah titew ler" dan "sayeeerr sukerr sangat tawww"..sakit hati orang yang baca.


5. Tanya Balik Pembaca


Bila korang dah habis menulis sesuatu entri, jangan lupa tinggalkan persoalan diakhir entri tu. Bila korang letak persoalan, seolah-olah korang cuba berkomunikasi dengan pembaca. So, secara tak langsung, pembaca akan selalu follow entri korang dan berminat untuk bagi komen. Contoh : "Apa pendapat korang pasal isu ni?"

6. Provokasi

Lebih bagus kalau entri korang tu jenis provokasi kerana ia mampu menarik lebih ramai pembaca datang untuk membaca dan komen. Tapi kena ingat, provokasi pun jangan la melibatkan sesuatu kaum, agama, pekerjaan dan sebagainya seperti Blogger Ceyana Menghina Kerja Cikgu dan Cikgu Suka Makan Gaji Buta.


Entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus seperti 9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa geram untuk baca dan bagi komen berbanding entri berbentuk fakta :)


 Entri lain yang anda mesti baca :

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search