Blogger Lucah Dalam Followers Blog Aku

- 23.57
advertise here

Entri ni tiada kaitan dengan entri lucah ye. Asian Big Natural Boobs tu nama blog yang follow blog aku..dan aku rasa memang ramai dah blogger yang telah difollow oleh blogger lucah ni. Malas nak cakap banyak..korang tengok la gambar kat atas tu haaa...

Terfikir jugak apa motif blogger ni follow blog aku? Dia faham ke benda yang aku duk bebel dalam entri sebelum ni..tak tahu la kot-kot dia guna google translate..kekeke. Sape yang kena follow dengan blogger ni, mudah je kalau korang nak sekat blog yang korang tak suka.

                  CARA NAK BLOCK/SEKAT FOLLOWER

1. Pergi ke Dashboard dan klik di tempat followers. 


2. Selepas tu, akan keluar senarai followers korang. 
3. Pilih dan klik pada gambar profile follower yang korang nak block tu. 


4. Kemudian, klik pada pautan Block This User. 


5. Akhir sekali duduk bersila sambil minum air kopi dan biskut marie sebab masalah dah setel..hehe

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search