Sebelum ne aku ada buat entry pasal jenis-jenis, sekarang aku nak cite tentang jenis-jenis topeng blogger pulak. Jika korang adalah blogger, adakah korang memakai salah satu dari topeng ne?
TOPENG DIRI SENDIRI
Siapa korang di dunia realiti, maka samalah jugak korang di dunia maya. Kalau korang memang tak suka dengan sesuatu isu tu, korang selamba je tulis kat belog. Tak kira lah ramai ke tak orang akan datang komen dan kutuk, lebih-lebih lagi benda tu sesuatu yang melawan arus. Blogger seperti ne berani dalam menyatakan sesuatu perkara, kalau dia kata putih maka putih lah jadinya. Aku salute dekat blogger macam ne.
Advertisement
Kalau ada belog gosip-gosip artis, kau lah yang akan tolong nasihat. "Apa nak jadilah dengan dia ni, ingatlah balasan Tuhan.." contohnya. Tapi sebenarnya kau pun tumpang enjoy jugak layan berita-berita tu. Siap bookmark lagi, kan? Yang ne korang boleh pegi tengok banyak kat belog-belog hiburan.
Ok, kadang-kadang aku pun pakai topeng ne. Maknanya menulis belog bukan untuk menulis apa yang kita suka, tapi semata-mata nak kejar trafik dan follower. Sebagai contoh la sesetengah blogger tulis "new entry ! follow blog i , i will follow u back. Jangan lupa like i punye fanpage sekali ye". Buatlah, memang tak salah. Cuma aku tak buat la macam ne. Bagi aku, kalau entry tersebut bagus, orang akan baca dan komen. Pastu diorang akan follow sebab diorang betul-betul suka belog tersebut!
Kadang-kadang kita semua perlukan topeng ne. Aku juga banyak kali terfikir macam-mana nak menjadi penulis belog yang betul-betul jujur, dan menulis hanya kerana diri sendiri. Hakikatnya, memang susah. Setiap apa yang ditulis mesti ada perkara yang nak dicapai disebaliknya.