Jumat, 31 Agustus 2012

Status Glitterati Bertukar Jadi Non-Glitterati

 
Hilang terus mood aku nak blogging bila tengok status kat Nuffnang dari Glitterati bertukar jadi Non-Glitterati. Nak kata aku curang dengan Nuffnang, tak juga. Tak ada pun letak iklan advertlet, innity dan sebagainya. Kalau dulu pernah pasang iklan churp-churp tapi dah buang. Takkan sebab tu kot. Mungkin juga kesilapan teknikal. Aku dah hantar tiket kat Nuffnang, tapi still takde respond.  

Bila search pasal ni, ramai pulak blogger yang pernah hilang status Glitterati, kadang-kadang tu lebih dari sekali. Bila status jadi macam ni, mula la malas nak check akaun nuff. Update akan diteruskan macam biasa. Harap-harap esok lusa ok la, saje nak sedapkan hati :). Kat bawah ni adalah antara sebab korang boleh hilang status Glitterati.

"Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time".

Aku everyday update blog. Visitors yang datang pun lebih dari 1k. Bila status membership dah bertukar, earning pun kuranglah sebab dah berstatus ordinary. Kebanyakan entri aku tulis takde pun letak sebarang kod atau iklan yang menjadi pesaing kepada Nuffnang. Blogger yang berstatus Non-Glitterati susah tau nak dapat CPUV ( Cost Per Unique Visit ) atau dalam kata lama Buffered Earning. Gigih aku letak link kat setiap word Nuffnang, kipas jangan tak kipas...hahaha..cuba korang check status akaun nuff korang. Manalah tahu kot-kot jadi macam aku ni :)
 
Entri lain yang anda mesti baca :
 

Baby Biadap

As Salam semua

Semua orang suka pada budak-budak. Budak-budak kan comel, manja, keletahnya selalu mencuit hati, bijak dan segala macam benda baik ada pada budak-budak. Yelah, budak belum ada dosa. Mereka suci. Hati mereka ikhlas. Tak macam kita ni, orang dewasa. Sebab tu budak-budak ada tarikan mereka sendiri.


Tapi kena diingat, peranan mak ayah dalam mendidik anak-anak kecil sangat penting. Budak-budak ni masih belum punya akal. Yang dia tahu, imitate from others. Apa yang orang lain buat, dia pun akan buat. Apa yang orang lain cakap, dia dengar and then dia pun akan cakap exactly the same. That's why as a parents, we must show a positive behaviour in front of them. Especially in talks! 

Aku came up dengan entry sebegini sebab aku sedih dengan anak jiran belakang rumah aku. Usia budak kecik tu baru 2 tahun setengah tapi ayat yang keluar dari mulut dia. Masya-Allah!!! Dasyat! Gaduh dengan kakak dia keluar perkataan babi, sial, bu*oh semua. Yang lagi aku terkejut, budak tu berani keluar ayat macam tu depan mak dia. Depan orang lain pun dia sebut laju je maki orang. And you know what, his mother doing NOTHING!!! Takde pun nak marah ke, cubit ke,  apatah lagi nak cili bagai. Pelik aku dengan sikap mak dia yang membiarkan anak bertutur perkataan kasar dan biadap macam tu. 

Masa aku kecik dulu, bukan kata nak sebut babi ke sial, nak sebut bodoh pun dah kena kejar dengan mak siap bawak cili api kat tangan. Kena genyeh sedas dua kat bibir. Pedas woh. Bengkak bibir tiga hari tiga malam kalau kena tu. Memang tak berani. 

Maybe budak kecik tu tak tahu pun maksud perkataan tu. Tapi as a parents, you must take an action. Orang lain yang mendengar, melihat akan rasa yang anak kecil tu biadap dan jelaslah yang anda sebagai mak dan ayah gagal mendidik anak. Cuba jauhkan anak-anak tu daripada kawan-kawan yang bersikap kasar percakapannya. Setiap kali anda dengar mereka sebut perkataan tu, marah dengan serta merta supaya dia beringat dan tahu yang perkataan tu salah dan tak boleh diucapkan. Anda juga kena jaga percakapan anda di hadapan anak-anak. Jangan main sedap laju je sebut perkataan bukan-bukan. Sah-sahlah budak tu akan sebut balik perkataan anda tadi tu! 

Ingat ye, anak-anak adalah cerminan ibu bapa juga! 




p/s: geram dengan baby yang merangkak sambil pakai pampers, omey!! 










Kamis, 30 Agustus 2012

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Tahan Lama


Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama. Tapi takpe, aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama.

1. Elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.   

2. Kecerahan skrin perlu di adjust sebabnya kalau skrin korang tu terang sangat guna bateri pun kuat la.

3. Jangan letak laptop atas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

4. Jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri.

5. Uprgrade RAM kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih.

6. Pastikan kipas bawah laptop tu tak kotor dan condongkan laptop tu sikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan la tangan tu mencuci kipas laptop ye.

7. Kalau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

8. Cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak.

9. Tukar bateri baru untuk laptop setiap 18 bulan.

Aku guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Bateri laptop aku ni dah teruk sangat. Tak sampai 15 minit dah habis bateri. Lagi satu bateri laptop ni pun mahal jugak. Memang lagi la berat nak tukar. Laptop korang macam mana? Aku yakin korang pun tak pernah tukar jugak kan..kekeke

9 Cara Nak Tambah Follower Blog Dengan Mudah


Banyak orang tertanya-tanya macam mana nak menambahkan bilangan follower dengan cepat dan mudah especially blogger baru. Aku pun tengah usaha jugak nak tambah follower ni. So, buat la sikit research and i came up with a conclusion.

1. Buat contest

Buat contest seperti Segmen : Sape Nak Tambah Follower. Sape yang nak masuk contest tu kena join blog penganjur dulu. Hadiah yang ditawarkan mesti gempak nak tarik ramai orang. Kejap je korang dah boleh capai jumlah follower 1k.

2. Join contest 
Mana-mana blogger yang ada buat contest/GA, rajin-rajin la join. Korang boleh berkenalan dengan blogger lain disamping naikkan trafik blog.

3. Join group Blogger Facebook

Ping entri korang di Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Ping dan sebagainya. Tengok senarai disini : Group Blogger Facebook

4.Join group Laman Web Komuniti Blogger

Bagi yang masih baru buat blog boleh daftar ke Apesal.com, Oh!Belog.com, GuaBlog.com, Busuk.org, Blogr.my serta Blogged.my yang mana ini diantara platform blogging terbaik. 


5. Blogwalking
Ada masa terjah la blog orang lain. Tinggal jejak di shoutbox. Tapi tinggal komen lebih berkesan kerana komen korang menarik perhatian penulis. Memberi komen juga membolehkan link blog korang terpapar di ruang komen bagi yang memasang CommentLuv dan korang berpeluang dapat do-follow backlink percuma (bagi yang dah tukar status blog dari nofollow kepada dofollow seperti blog aku ni) 


6. Elak guna ayat 'You Follow I Follow'
Nampak sangat tak ikhlas dan memaksa. Contohnya : 'Saya dah follow blog awak..follow saya balik' atau 'Awak follow saya, baru saya follow awak'.

7. Selalu guna ayat manis

Korang suka dipuji kan? So, puji blog orang lain untuk follow blog korang. Contohnya : 'Wah..doodles blog awak cantik la..saya follow kat sini ye :)' atau 'nice entri bro..sudi singgah la blog saya'.

8. Letak gambar cantik dan hensem

Memang lumrah manusia suka pada yang cantik dan hensem. So, edit-edit la gambar korang ye :). Tapi aku tak kisah, kalau blog tu berinfo, join je.

9. Elakkan letak gambar awek/pakwe

Rasanya blogger yang berstatus single ramai orang berminat nak follow. So, kurangkan letak gambar gf/bf korang ye.


P/S : Sesape yang baca entri ni, korang adalah blogger yang baik dan hensem dan comel. Jom join blog ni :)

 

Rabu, 29 Agustus 2012

Kamera Mana Yang Super Bagus?

As Salam semua

Boleh tak hold dulu cerita pasal raya? Tau memang tengah mood raya, banyak cerita aku nak story ni but I do really need your opinion. Some suggestion and maybe your experience. Pergh, bunyi macam penting bebenor ni. Eh, memang pentinglah. Kata orang, kalau malu bertanya sesat jalan kan. Jadi, jangan malu-malu. Tanya je. 

Hajat di hati aku ni, konon-kononnya macam nak rembat satu kamera. Before this, aku memang dah ada dua kamera. Satu Sony dan satu lagi Olympus. Both compact digital kamera. Yang Sony tu, memang aku suka. The performances and dia punya lighting memang superb. Tapi malangnya, charger Sony tu dah hilang. Mana entah aku letak. Lupa. Yang Olympus pulak, memang aku bawak ke kampus. Selalu ada dengan aku, tapi yang tak syoknya image quality agak out lah. Kena sentiasa pakai flash. Kalau tak pakai flash, image jadi blur atau gelap. Dan kalau pakai flash, super terang sampai nampak semua takungan minyak. Tu yang malas nak candid pakai camera. Pakai henpon je lah jawapannya kan. Tapi camera henpon kan, mana boleh tandingi camera jugak.

The Pink Sweetheart
Kalau ikut pada nafsu serakah, memang macam nak amek je DSLR. Memandang pulak pada dompet. Oh tidak. Tak sanggup eden. Nantilah kecek-kecek kat skandal. Mana tahu ada yang bermurah hati kan. Kau tengok je lah Nikon N1 tu. Bikin cair hati je aku tengok. Dengan body sexy, colour mengancam, performance mesti the best kan. Alahai....jeling je dulu lah. 

Lepas tu tengok pulak compact digital camera. Oh, ini aku rambang mata. Semua aku suka. Masing-masing meronta-ronta menggoda aku. Tak henti-henti. Kena kuatkan iman sekukuhnya. Sambil-sambil tu, aku usha jugak entry-entry blogger berkenaan kamera yang mereka pakai. Rata-rata memiliki DSLR sendiri. Dalam ramai-ramai blogger, aku memang minat dengan gambar hasil tangan Cik Cicak dan Lelabah. Sangat-sangat awesome semua gambar dia. Ditambah pulak dengan orangnya yang memang ayu. So semua gambar nampak ayu je lah kan. Dalam entry ni, dia ada list out her favourite camera. So, at that point aku pun nak rembat sama macam camera dia jugak. Can you see how blogger influenced others! *haisssh. Geleng-geleng kepala*. Terus laju je, aku bukak Lazada. Sebab nak sneak peak range harga kan. Tapi, takde stock pulak jenis camera yang aku minat tu. Gigit jari lagi jawapannya lah...

Dah alang-alang tengok Lazada, usha terus lah kat situ kan. Hati tiba-tiba berkenan pulak dekat satu kamera from Samsung ni. Tengok rege pun macam mampu milik. Tapi tak pernah lagi guna Samsung brand for camera. The best features yang buat aku tertarik adalah camera ni dilengkapi WiFi. Weeehooo! Sounds sososososooooooooooooooooo awesome. Jarang ada camera yang siap Wifi kan. Senang lah lepas ni nak share gambar terus. Tapi tu lah, performance bagus ke tidak? No idea at all. Kalau boleh, aku nak dapat compact camera yang super bagus. Tak nak menyesal di kemudian hari. 




Jadi, boleh tak korang semua yang handal dalam bab ni bagi sedikit tips, nasihat dan cadangan. Share sikit, kamera apa korang pakai dan apa kelebihannya. Dan mungkin kalau ada yang pernah atau tahu kamera Samsung ni ok ke tak, jemputlah ye bagitau pengalaman korang. Another thing, Lazada punya service apa macam? Macam Zalora jugak ke? Share sekali pengalaman korang! Sangat memerlukan bantuan korang ni! Puhleaseeeeeeeeeeeee. Nanti aku belanja kuih raya sorang sebijik. ;) heheheehe! 



p/s: Bajet duit raya macam berkoyan je! Ceh!!!



Kenapa Perempuan Nak Jadi Lelaki?

Berita yang biasa kita dengar lelaki nak jadi perempuan. Tapi yang peliknya ada juga yang sebalik, perempuan nak jadi lelaki. Memang dunia dah nak kiamat. Ini adalah koleksi gambar-gambar mereka yang menjadikan diri mereka dari perempuan kepada lelaki.


Aku pun tak boleh nak menjawab persoalan 'kenapa perempuan nak jadi lelaki'. Memang ada nampak iras lelaki sebelum diorang tukar jadi lelaki. Di Indonesia, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang bernama Maemunah mendakwa kemaluannya berubah menjadi lelaki. Dia kini telah mengubah namanya menjadi Mei Purnomo dan berhasrat untuk mengesahkan identitinya sebagai lelaki dalam surat beranak. Remaja itu mengakui bahawa dia turut mempunyai perasaan meminati wanita dan bukannya lelaki. Di Malaysia pun ada jugak berlaku perkara macam ni. So, kepada para wanita, berhati-hatilah dalam memilih lelaki. Jangan tengok pada rupa paras hensem sahaja. Tengok dari semua aspek. Apa kata anda?

Entri lain yang anda mesti baca : 


Apa Kepuasan Anda Berblogging?


Cuba kira berapa tahun, berapa bulan, berapa minggu dan berapa jam korang dah habiskan masa depan laptop meng-update blog? Setiap hari rasanya korang mengadap blog, mesti la korang akan dapat rasa kepuasan kan? Kalau tak, takkan la tiap-tiap hari korang akan update blog. So, hasil daripada kajian, ni adalah kepuasan yang aku dapat melalui blogging. 

1. Dapat trafik yang tinggi  
Blog aku yang tak pernah dikenali dulu dah boleh tersenyum melihat pertambahan trafik dari sehari ke sehari. Bermula dengan trafik kurang daripada 100 visitor berjaya stabilkan antara 2000-5000 visitor sehari. Mesti korang rasa seronok kalau dapat trafik tinggi, maknanya blog kita semakin dikenali ramai.

2. Dapat buat duit sampingan
Sape tak suka duit angkat tangan? Ada blogger yang puas hati bila dapat duit hasil blogging melalui pengiklanan daripada churp-churp,says.my,advertlets mahupun nuffnang. Lebih seronok lagi kalau dapat BE tiap-tiap minggu. Kalau syarat nak dapat BE kena buat entri pasal Nuff tiap-tiap hari pun aku sanggup..hahaha

3. Dapat komen yang banyak
Sesetengah blogger berpuas hati bila entri yang ditulisnya dapat banyak komen dan respon daripada pembaca. Yalah, dapat jugak tahu sekurang-kurangnya ada yang sudi baca dan komen entri kita walaupun 1 komen dah mencukupi..hehehe 

4. Dapat follower yang ramai
First time buat blog mesti rungsing dan jeles tengok blogger lain yang ada ramai follower. Tapi bila follower korang dah bertambah mesti korang rasa seronok kan. Untuk blogger baru, nak dapat follower ramai sila berblogwalking. Rajin terjah dan komen blog orang.

 5. Dapat blog tukar jadi cantik
Ada jugak blogger yang rasa puas dan seronok dengan template dan header blog dia yang cantik, hasil daripada design sendiri. Lebih-lebih lagi kalau semua orang puji kecantikan blog dia, mau tak terseyum sampai ke telinga. Aku pun suka kalau orang puji blog aku..rasa macam nak bagi duit je..hehehe

6. Dapat kongsi sesuatu dengan pembaca  
Apa gunanya kalau tahu something tapi tak dikongsi dengan pembaca? Blog adalah cara terbaik untuk share sebarang info. Tak kisah la nak tulis pasal pengalaman korang ke, isu semasa ke because that's your blog. Do whatever you want to do. So, bila korang dah kongsi benda tu mesti korang akan rasa puas kan.

Ni adalah antara kepuasan yang aku dapat selama berblogging. Ada banyak lagi tak sebut. Kalau tulis panjang -nanti takut korang tak baca pulak..hahah. So, aku nak tanya la, apa yang membuatkan korang rasa puas bila berblogging ni?


Entri lain yang anda mesti baca :


Selasa, 28 Agustus 2012

Betul Ke Setiap Couples Mesti Cantik Dan Hensem?


Kawan aku pernah cakap kat aku. "Weh, cuba tengok couple tu. Awek dia cun giler, tapi pakwe dia tak macho langsung." Then ada satu masa lagi dia cakap "Tengok couple tu, pakwe dia macho dan style, awek dia biasa je.." Hmm... inilah first impression yang orang akan fikir bila nampak dua pasangan yang pada fikiran mereka nampak tak secocok untuk bersama.

Well, ia mengingatkan aku tentang watak seperti Beauty and The Beast dan Shrek and Fiona. Teringat juga kata-kata kawan aku yang mana dia cakap “ Gadis yang comel biasanya akan dapat lelaki yang tak hensem dan lelaki yang hensem ramai yang dapat awek yang biasa. Dan ia juga mengingatkan aku bahawa kadang-kadang, dunia ni adil juga ye :)

Aku terbaca satu artikel dimana penulisnya cakap yang kalau dua pasangan sama cantik dan hensem, akan sering berlaku pertelingkahan sesama mereka kerana rasa bangga diri dengan kecantikan atau kehenseman masing-masing dan rasa tidak selamat (insecurity) dalam perhubungan mereka.

Haa, ini mungkin menjawab persoalan kawan aku kat atas tu. Aku rasa betul jugak, ada orang cakap kalau dua-dua pasangan tu anak sulung, mesti tak sesuai dan akan selalu gaduh. Ada orang cakap, kalau sifat kita api, kena la cari orang bersifat air, biar balance.

Bagi aku, aku rasa kalau couple ni mestilah seimbang. Tak semestinya pasangan kita tu kena cun dan hensem sebab kecantikan ni benda subjektif pada setiap mata yang memandang. Tapi apa yang penting dia memahami dan melengkapkan diri kita. Bak kata omputih "find a person that completes you and you complete her". Tapi janganlah terlalu mencari kesempurnaan kerana tiada orang yang sempurna termasuklah diri sendiri. Biar anda tak cun dan hensem pada mata orang lain tapi kat mata pasangan anda, anda la yang paling superb.



Entri lain yang anda mesti baca : 


Senin, 27 Agustus 2012

Boleh Ke Dapat Pasangan Melalui Blog?

Antara blogger-blogger yang cantik dan hensem
 
Berblogging ni best. Setiap hari menjelajah dari satu blog ke blog lain. Setiap hari dapat kenal ramai rakan baru hanya di internet. Tapi betul ke kita kenal orang tu? Memang la kita selalu ke blog dia, kenal nama dia dan suka dengan penulisan dia dan selalu komen entri dia. Tapi korang tahu ke siapa blogger tu sebenarnya? Berapa umur dia, student ke atau dah kerja, asal mana, sifat dan perangainya dan macam-macam lagi la.

Aku rasa tak ramai orang yang mengenali diri seseorang blogger tu. Biasanya mereka hanyalah rakan blog saja. Kat dunia sebenar pun tak pernah jumpa pun. Kalau jumpa pun tak bertegur. Just senyum-senyum je. Tak pun buat-buat tak nampak..hehehe..tapi bagus la kalau ada yang buat reunion antara blogger.

Entry ini menjawab persoalan sesetengah orang dan juga para blogger sekalian tentang boleh ke dapat awek atau pakwe kat dalam blog ini ? Pada pendapat aku, kemungkinan untuk dapat awek atau pakwe kat blog ni sangat tipis. Berbeza dengan laman web sosial seperti facebook atau twitter.

Mungkin ada kawan korang pernah tanya “Ada awek cantik atau pakwe hensem tak kat blog ?" Atau mungkin dia cakap “Haaa..awek/pakwe blog ni cantik/hensem, apa lagi.. ngorat la!”. Memang la ada para blogger yang cantik-cantik dan hensem-hensem tapi bagi aku, blogging ni lebih kepada tempat kita share idea, info dan pengalaman hidup kita. Blogging bukan tempat mengorat.

Tapi tak tau la kalau ada yang dapat awek atau pakwe dari berblogging ni. Tak pernah dengar pun lagi orang cakap “Eh..aku kenal awek/pakwe aku dari blog je”. So, aku rasa betul la pendapat aku yang kita tak boleh dapat pasangan hidup melalui blog. Siapa ada pengalaman atau nak bangkang pendapat aku ni sila la komen ye. Nak tahu gak sama ada pendapat aku ni betul ke tak :) 


 

Minggu, 26 Agustus 2012

Perkara Pertama Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan

Apa perasaan anda jika perkara seperti dalam gambar di bawah ini berlaku pada diri sendiri? Rasanya menangis tak berlagu la jawabnya.








Hahaha..gelak pun gelak jugak. Tapi perkara seperti ni pernah berlaku. Sebagai contoh seorang bekas dekan di sebuah universiti awam terkejut selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita. Perkara yang sama juga berlaku pada Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan yang curiga dengan status perkahwinannya dan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

Pondan dengan perempuan kalau tengok dari segi kecantikan tu memang susah nak beza. Malah, ada sesetengah daripada mereka ini lebih cantik daripada perempuan. So, kepada lelaki luar sana, nak cari girlfriend dan isteri tu kena check semua aspek la ye.  

Entri yang berkaitan yang anda mesti baca : 


    Sabtu, 25 Agustus 2012

    Pengantin Yang Tersangat Cantik Di Dunia

    Pernah tengok tak pengantin perempuan yang cantik? mestilah penah tengok kan. Beruntunglah yang dapat isteri yang cantik. Tapi pengantin perempuan yang ini cantik dia berbeza sikit. Rasa nak gelak guling-guling pun ada..dah macam akhir zaman kan? memang akhir zaman pun. Awas, gambar ini akan membuatkan anda hilang selera nak makan nasi!
     
     




     
     
     
    Ucapan untuk pak cik Maikel dan makcik Jamilah, selamat berbahagialah walaupun anda tahu hubungan anda tu sonsang dan pelik. Percayakah pak cik dan mak cik yang sesiapa tengok gambar perkahwinan ini terpaksa mengambil pil appeton untuk tambah kembali selera makan..okbai!!

     

    Jumat, 24 Agustus 2012

    Cikgu Popular Dengan Kisah Dipukul Dan Memukul

     
    Sejak kebelakangan ini, populariti guru semakin meningkat dengan isu-isu panas. Dulu heboh cerita pasal cikgu memukul pelajar sampai ada yang masuk hospital. Sekarang ni dah jadi terbalik. Guru pulak yang jadi mangsa dipukul pelajar sehinggakan terpaksa buat report polis. Contoh :

    Anak Yatim Koma Dibelasah Guru
    Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu. Sumber Berita Harian. 
     
    Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar
    Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. Sumber Berita Harian. 
     
    Guru Cedera Ditumbuk Pelajar
    Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka. Sumber Utusan.
     
     
     
     
     
     
     Sumber gambar : http://comicstriper.blogspot.com
     
    Bagi aku terjadinya kisah memukul adalah kerana salah faham wujud antara guru dan pelajar. Dan sekarang cikgu pun dah takut nak memukul pelajar. Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”. Yang penting sejauh mana tindakan yang diambil selepas peristiwa itulah yang perlu diambil berat oleh pihak yang berwajib. 
     
    Entri lain yang anda mesti baca :
     


    Kamis, 23 Agustus 2012

    Facebook Bosan VS Syok Blogging


    Sumpah, facebook sejak dua menjak ni dah jadi semakin membosankan. Korang tak rasa ke facebook dah jadi semakin boring ? Nak tahu jugak la manalah tahu aku sorang je yang rasa macam ni.

    Kenapa aku cakap facebook ni bosan?

    1. Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Rimas betul bila asyik dapat notification yang takde kena mengena dengan kita. Dan yang pasti, email akan penuh dengan komen-komen tersebut.

    2. Asyik asyik baca status sakit hati , kutuk mengutuk, dan macam-macam lagi status yang membosankan dan geli geleman. Takkan la setiap saat dan setiap benda nak update kat facebook. Sampai satu tahap orang lain yang baca status dia pun dah naik loya.

    3. Kalau perempuan, lebih-lebih lagi kalau awek comel, online je berlambak-lambak orang nak chatting dengan dia. Mestilah awek tu bosan sebab selalu kena kacau dengan lelaki yang tak kenal kan. Lelaki pulak sebab bosan kerana awek comel tu tak layan dia. Dah 100 kali hantar mesej "hai awak, duk buat apa tu" tapi satu pun tak dijawab..hahaha

    Kenapa aku cakap blogging ni syok?


    1. Sebab dapat duit..muahehe..daripada duk online update status kat facebook tu, lebih baik online buat blog update entri lagi ada hasil. Letak iklan Nuffnang dapat jugak la RM 5 seminggu. Dah boleh buat duit top up tu :)

    2. Belajar sesuatu yang baru. Jadi blogger sebenarnya membuka minda kita. Banyak benda dan info yang kita tak tahu jadi tahu. Bila jadi blogger, otak takkan beku sebab kita akan fikir dan cari entri apa nak publish untuk pembaca.

    3. Ada banyak segmen, contest dan giveaway. Hadiah yang ditawarkan pun macam-macam. Yang ni la syoknya berblogging walaupun aku tak pernah lagi menang mana-mana contest..hehehe

    Tapi untuk blogger, facebook ni penting jugak sebagai platform untuk promote blog dan naikkan trafik blog korang. Setiap kali update entri ping je entri tersebut kat facebook. Entri yang berulang pun tak kisah la..janji trafik blog naik. Walaupun aku bosan tetapi tetap setia dengan facebook :)

    Trafik Jatuh Menjunam Di Hari Raya


    Trafik dah jatuh menjunam ke gaung yang dalam..hahaha..itulah penangan masa hari raya. Orang beraya, blog pon sama-sama beraya. Memang jatuh macam nangka busuk jatuh tersembam ke tanah. Raya pertama UV blog aku dapat 200++ je. Bila dah masuk raya kedua baru naik sikit trafiknya..heheh..biasa la tu. Blog aku ni baru berumur 5 bulan. Baru nak merangkak. Kalau blogger yang dah lama at least dapat jugak maintain UV 1000++ ke atas. PV pun tak lepas sampai 4k. Sekitar 2k je dapat setiap hari. Stress jugak tengok. Masa raya mana ada orang  nak layan blog kan. Hari Raya so kenalah beraya. 




    Ada tak blogger yang trafiknya mencanak walaupun hari raya? Trafik siapa yang mencanak, sila angkat kaki dan tangan. Nanti aku nak datang terjah blog tu. Blog tak glamour macam blog aku ni, confirm la trafik jatuh merudum bila tiba hari raya. 


    Entri lain yang anda mesti baca :  

    Manisnya Raya!

    As Salam semua

    Macam mana raya korang? Harapnya semua dalam keadaan meriah, bersederhana dan yang paling penting penuh rasa syukur. Kalau tahun lepas, aku takde publish any entry pun pasal raya. Sebab last year, kesihatan ayah tak begitu menggalakkan. Jadi family lebih prefer untuk stay kat rumah dan tunggu sedara mara berkunjung.


    Tahun ni, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kesihatan ayah semakin meningkat. Since Ramadhan lagi dia dah ada tenaga yang luar biasa. Boleh puasa penuh, buat terawikh kat rumah, khatam Al-Quran dan jugak bangun tahhajud. Sungguh aku terharu dengan semangat cekal ayah. Aku yang sihat segar bugar ni, memang kalah lah dengan ketekunan dia beribadah. Syukur Alhamdulillah.

    My prime-man ever! 
    Jadi, bila ayah dah semakin sihat, raya kali ni lebih ceria dan gembira buat aku adik beradik. Boleh menziarah rumah pakcik dan makcik dan paling penting dapat bawak ayah jalan-jalan and happykan dia.  Bila dia happy, tak mengadu sakit-sakit badan... tentulah kiteorang sekali happy.

    First day of Syawal. Royal Blue Theme 
    For the first day of Syawal, aku as usual lah kena jadi delivery girl. Hantar makanan munjung buat sanak saudara. Tahun ni ada sepuluh rumah yang kena hantar. Mereka semua adalah insan-insan kesayangan keluarga. Sebagai membalas budi baik mereka, kami kongsikan sedikit kemanisan juadah aidilfitri buat mereka. Bukanlah kata yang tak dapat tu tak sayang ye!

    Dua Delivery-Girls yang cam-whore 
    Sepuluh rumah. Sepuluh bungkusan. Sepuluh juta kasih sayang
    Lepas dah settel hantar delivery tu, sesi bermaafan pun bermula. Alamak takde gambar pulak lah. Sebabnya semua muka nangis-nangis comot-comot kan. Ye lah, dosa setahun dikumpul untuk dimintak maaf dalam satu hari mana mungkin tak meleleh air mata kan. Haruslah air hingus keluar sama. Syahdu sangat lah. Tacing rasa. Lagi-lagi bila mak dan ayah cium pipi kita sambil bisik untuk jadi anak solehah. Lagilah aku sentap habis. Skip eh part ni....

    Second day of Syawal dan mula caca-marba theme
    Selain makcik dan pakcik datang ziarah ayah... kawan-kawan pun ada. Alhamdulillah tahun ni, aku dapat gather raya dengan kawan-kawan  masa sekolah dulu. Kalau hari biasa, maasing-masing sibuk, jadi raya ni lah ada kelapangan untuk gathering. Macam-macam cerita. Gelak tak ingat dunia.

    Both the debaters
    Akim. Gonna fly to Dubai soon
    Doctor to be. Dr. Asri Zaini. Sebok promote Jakarta dia tu! 

    Ze Ladies. Sapa kahwin dulu agaknya ni ye? 
    Oh tak lupa, walaupun aku ni tak berapa nak kecik jangan korang ingat aku terlepas dari mendapat duit raya. Masih ada lagi insan-insan berhati mulia dan pemurah yang sudi bagi duit raya kat aku. Katanya belajar lagi kan... so masih available untuk terima duit raya. Lagi besar isinya. Tu yang aku suka tu.

    Duit raya pertama from abang sepupu

    Tolong tambah collection saya boleh? 
    Kalau raya ni, mana sah kalau tak cerita pasal makan kan. Yeah, I am food's lover. Tahun ni, juadah makanan mak aku macam selalu. Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, ayam kari dan rendang daging. Memang sumpah menggiurkan air liur.

    Ketupat Ketupit 
    Burasak Bugis
    Dan untuk tahun ni, first time aku merasa burasak. Sebelum ni memang pernah jumpa. Tapi tak penah makan pun. Burasak ni makanan kebesaran orang Bugis. Sedap rupanya! Lemak masin gitu. Aku merasa makan masa beraya rumah Akim. Mak aku tak pandai nak buat. Dia anak jawa. Ayah aku pulak orang Banjar. Tu yang tak pernah buat.

    Overall, my raya is super awesome. Full of syukur and happiness. Banyak lagi gambar sebenarnya. Asyik menyelit je kat kamera orang, tu yang belum dapat dalam simpanan. Hehehe. Insya-Allah ada kelapangan aku update lagi. Nak cerita sikit pasal topik "KEDEKUT DI HARI RAYA". Sapa yang kedekut, nanti kita tunggu sama-sama ye! Sendiri mau ingat lah! Selamat Hari Raya ;)


    p/s: Dah mula dah musim kahwin dan tunang-tunangan! Jeles aiii youuuu





    Top