Apa Kepuasan Anda Berblogging?

- 06.22
advertise here

Cuba kira berapa tahun, berapa bulan, berapa minggu dan berapa jam korang dah habiskan masa depan laptop meng-update blog? Setiap hari rasanya korang mengadap blog, mesti la korang akan dapat rasa kepuasan kan? Kalau tak, takkan la tiap-tiap hari korang akan update blog. So, hasil daripada kajian, ni adalah kepuasan yang aku dapat melalui blogging. 

1. Dapat trafik yang tinggi  
Blog aku yang tak pernah dikenali dulu dah boleh tersenyum melihat pertambahan trafik dari sehari ke sehari. Bermula dengan trafik kurang daripada 100 visitor berjaya stabilkan antara 2000-5000 visitor sehari. Mesti korang rasa seronok kalau dapat trafik tinggi, maknanya blog kita semakin dikenali ramai.

2. Dapat buat duit sampingan
Sape tak suka duit angkat tangan? Ada blogger yang puas hati bila dapat duit hasil blogging melalui pengiklanan daripada churp-churp,says.my,advertlets mahupun nuffnang. Lebih seronok lagi kalau dapat BE tiap-tiap minggu. Kalau syarat nak dapat BE kena buat entri pasal Nuff tiap-tiap hari pun aku sanggup..hahaha

3. Dapat komen yang banyak
Sesetengah blogger berpuas hati bila entri yang ditulisnya dapat banyak komen dan respon daripada pembaca. Yalah, dapat jugak tahu sekurang-kurangnya ada yang sudi baca dan komen entri kita walaupun 1 komen dah mencukupi..hehehe 

4. Dapat follower yang ramai
First time buat blog mesti rungsing dan jeles tengok blogger lain yang ada ramai follower. Tapi bila follower korang dah bertambah mesti korang rasa seronok kan. Untuk blogger baru, nak dapat follower ramai sila berblogwalking. Rajin terjah dan komen blog orang.

 5. Dapat blog tukar jadi cantik
Ada jugak blogger yang rasa puas dan seronok dengan template dan header blog dia yang cantik, hasil daripada design sendiri. Lebih-lebih lagi kalau semua orang puji kecantikan blog dia, mau tak terseyum sampai ke telinga. Aku pun suka kalau orang puji blog aku..rasa macam nak bagi duit je..hehehe

6. Dapat kongsi sesuatu dengan pembaca  
Apa gunanya kalau tahu something tapi tak dikongsi dengan pembaca? Blog adalah cara terbaik untuk share sebarang info. Tak kisah la nak tulis pasal pengalaman korang ke, isu semasa ke because that's your blog. Do whatever you want to do. So, bila korang dah kongsi benda tu mesti korang akan rasa puas kan.

Ni adalah antara kepuasan yang aku dapat selama berblogging. Ada banyak lagi tak sebut. Kalau tulis panjang -nanti takut korang tak baca pulak..hahah. So, aku nak tanya la, apa yang membuatkan korang rasa puas bila berblogging ni?


Entri lain yang anda mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search