Cikgu Popular Dengan Kisah Dipukul Dan Memukul

- 19.30
advertise here
 
Sejak kebelakangan ini, populariti guru semakin meningkat dengan isu-isu panas. Dulu heboh cerita pasal cikgu memukul pelajar sampai ada yang masuk hospital. Sekarang ni dah jadi terbalik. Guru pulak yang jadi mangsa dipukul pelajar sehinggakan terpaksa buat report polis. Contoh :

Anak Yatim Koma Dibelasah Guru
Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu. Sumber Berita Harian. 
 
Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar
Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. Sumber Berita Harian. 
 
Guru Cedera Ditumbuk Pelajar
Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka. Sumber Utusan.
 
 
 
 
 
 
 Sumber gambar : http://comicstriper.blogspot.com
 
Bagi aku terjadinya kisah memukul adalah kerana salah faham wujud antara guru dan pelajar. Dan sekarang cikgu pun dah takut nak memukul pelajar. Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”. Yang penting sejauh mana tindakan yang diambil selepas peristiwa itulah yang perlu diambil berat oleh pihak yang berwajib. 
 
Entri lain yang anda mesti baca :
 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search