Betul Ke Setiap Couples Mesti Cantik Dan Hensem?

- 05.22
advertise here

Kawan aku pernah cakap kat aku. "Weh, cuba tengok couple tu. Awek dia cun giler, tapi pakwe dia tak macho langsung." Then ada satu masa lagi dia cakap "Tengok couple tu, pakwe dia macho dan style, awek dia biasa je.." Hmm... inilah first impression yang orang akan fikir bila nampak dua pasangan yang pada fikiran mereka nampak tak secocok untuk bersama.

Well, ia mengingatkan aku tentang watak seperti Beauty and The Beast dan Shrek and Fiona. Teringat juga kata-kata kawan aku yang mana dia cakap “ Gadis yang comel biasanya akan dapat lelaki yang tak hensem dan lelaki yang hensem ramai yang dapat awek yang biasa. Dan ia juga mengingatkan aku bahawa kadang-kadang, dunia ni adil juga ye :)

Aku terbaca satu artikel dimana penulisnya cakap yang kalau dua pasangan sama cantik dan hensem, akan sering berlaku pertelingkahan sesama mereka kerana rasa bangga diri dengan kecantikan atau kehenseman masing-masing dan rasa tidak selamat (insecurity) dalam perhubungan mereka.

Haa, ini mungkin menjawab persoalan kawan aku kat atas tu. Aku rasa betul jugak, ada orang cakap kalau dua-dua pasangan tu anak sulung, mesti tak sesuai dan akan selalu gaduh. Ada orang cakap, kalau sifat kita api, kena la cari orang bersifat air, biar balance.

Bagi aku, aku rasa kalau couple ni mestilah seimbang. Tak semestinya pasangan kita tu kena cun dan hensem sebab kecantikan ni benda subjektif pada setiap mata yang memandang. Tapi apa yang penting dia memahami dan melengkapkan diri kita. Bak kata omputih "find a person that completes you and you complete her". Tapi janganlah terlalu mencari kesempurnaan kerana tiada orang yang sempurna termasuklah diri sendiri. Biar anda tak cun dan hensem pada mata orang lain tapi kat mata pasangan anda, anda la yang paling superb.



Entri lain yang anda mesti baca : 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search