Facebook Bosan VS Syok Blogging

- 23.04
advertise here

Sumpah, facebook sejak dua menjak ni dah jadi semakin membosankan. Korang tak rasa ke facebook dah jadi semakin boring ? Nak tahu jugak la manalah tahu aku sorang je yang rasa macam ni.

Kenapa aku cakap facebook ni bosan?

1. Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Rimas betul bila asyik dapat notification yang takde kena mengena dengan kita. Dan yang pasti, email akan penuh dengan komen-komen tersebut.

2. Asyik asyik baca status sakit hati , kutuk mengutuk, dan macam-macam lagi status yang membosankan dan geli geleman. Takkan la setiap saat dan setiap benda nak update kat facebook. Sampai satu tahap orang lain yang baca status dia pun dah naik loya.

3. Kalau perempuan, lebih-lebih lagi kalau awek comel, online je berlambak-lambak orang nak chatting dengan dia. Mestilah awek tu bosan sebab selalu kena kacau dengan lelaki yang tak kenal kan. Lelaki pulak sebab bosan kerana awek comel tu tak layan dia. Dah 100 kali hantar mesej "hai awak, duk buat apa tu" tapi satu pun tak dijawab..hahaha

Kenapa aku cakap blogging ni syok?


1. Sebab dapat duit..muahehe..daripada duk online update status kat facebook tu, lebih baik online buat blog update entri lagi ada hasil. Letak iklan Nuffnang dapat jugak la RM 5 seminggu. Dah boleh buat duit top up tu :)

2. Belajar sesuatu yang baru. Jadi blogger sebenarnya membuka minda kita. Banyak benda dan info yang kita tak tahu jadi tahu. Bila jadi blogger, otak takkan beku sebab kita akan fikir dan cari entri apa nak publish untuk pembaca.

3. Ada banyak segmen, contest dan giveaway. Hadiah yang ditawarkan pun macam-macam. Yang ni la syoknya berblogging walaupun aku tak pernah lagi menang mana-mana contest..hehehe

Tapi untuk blogger, facebook ni penting jugak sebagai platform untuk promote blog dan naikkan trafik blog korang. Setiap kali update entri ping je entri tersebut kat facebook. Entri yang berulang pun tak kisah la..janji trafik blog naik. Walaupun aku bosan tetapi tetap setia dengan facebook :)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search