Boleh Ke Dapat Pasangan Melalui Blog?

- 04.01
advertise here
Antara blogger-blogger yang cantik dan hensem
 
Berblogging ni best. Setiap hari menjelajah dari satu blog ke blog lain. Setiap hari dapat kenal ramai rakan baru hanya di internet. Tapi betul ke kita kenal orang tu? Memang la kita selalu ke blog dia, kenal nama dia dan suka dengan penulisan dia dan selalu komen entri dia. Tapi korang tahu ke siapa blogger tu sebenarnya? Berapa umur dia, student ke atau dah kerja, asal mana, sifat dan perangainya dan macam-macam lagi la.

Aku rasa tak ramai orang yang mengenali diri seseorang blogger tu. Biasanya mereka hanyalah rakan blog saja. Kat dunia sebenar pun tak pernah jumpa pun. Kalau jumpa pun tak bertegur. Just senyum-senyum je. Tak pun buat-buat tak nampak..hehehe..tapi bagus la kalau ada yang buat reunion antara blogger.

Entry ini menjawab persoalan sesetengah orang dan juga para blogger sekalian tentang boleh ke dapat awek atau pakwe kat dalam blog ini ? Pada pendapat aku, kemungkinan untuk dapat awek atau pakwe kat blog ni sangat tipis. Berbeza dengan laman web sosial seperti facebook atau twitter.

Mungkin ada kawan korang pernah tanya “Ada awek cantik atau pakwe hensem tak kat blog ?" Atau mungkin dia cakap “Haaa..awek/pakwe blog ni cantik/hensem, apa lagi.. ngorat la!”. Memang la ada para blogger yang cantik-cantik dan hensem-hensem tapi bagi aku, blogging ni lebih kepada tempat kita share idea, info dan pengalaman hidup kita. Blogging bukan tempat mengorat.

Tapi tak tau la kalau ada yang dapat awek atau pakwe dari berblogging ni. Tak pernah dengar pun lagi orang cakap “Eh..aku kenal awek/pakwe aku dari blog je”. So, aku rasa betul la pendapat aku yang kita tak boleh dapat pasangan hidup melalui blog. Siapa ada pengalaman atau nak bangkang pendapat aku ni sila la komen ye. Nak tahu gak sama ada pendapat aku ni betul ke tak :) 


 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search