Review Pengomen Tegar Blog Nick Nashram - Part 1

- 20.01
advertise here
Tiba-tiba teringin nak buat review pasal pengomen tegar blog aku ni. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan korang yang selalu singgah, baca dan komen entri aku ni, so nak bagilah hadiah percutian 3 hari 2 malam di Paris..ok, yang ni gurau je..kekeke. Setelah dibuat analisis, kat bawah ni adalah antara nama-nama pengomen tegar blog aku.  

Nama Blogger
Fifie

Review 
Seorang blogger perempuan yang cantik. Setiap entri yang ditulis mesti dikomen olehnya. Blog fifie bercorakkan nature diselitkan dengan beberapa kuntum bunga pada header. Warna pink menjadi tema blog fifie..sejuk mata pembaca. Kalo korang masih belum kenal dengan fifie, sila la terjah kepada blognya :)

Nama Blogger
Leeza

Review 
Seorang blogger yang bergelar guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Background blog Leeza yang santai ditambah lagi dengan header pemandangan seolah-olah korang merasai suasana waktu  petang. Kalau korang terasa kurang motivasi atau malas, rajin-rajin la terjah ke blog cikgu Leeza untuk dapatkan balik motivasi tu :) 

Nama Blogger
Everything's Everythings

Review 
Seorang blogger yang baru tapi menjadi salah sorang pengomen tegar blog ni. Walaupun design blog Everything's Everythings simple je, tapi gaya penulisannya yang bersahaja berjaya menarik ramai pembaca ke blognya. So, kalau korang nak baca entri yang relaks, sila terjah ke blog dia :) 

Nama Blogger
Syaifuddin Alias

Review 
Seorang jejaka hensem yang berpengalaman dalam dunia blogging dan mempunyai strong conncetion dengan blogger-blogger otai. Pelbagai jenis entri disajikan kepada pembaca di dalam blog termasuklah blogging contest. Kalau korang berminat pasal SEO, blog ni korang boleh terjah ramai-ramai :) 

Nama Blogger
Tirana Aduka

Review 
Seorang blogger yang mempunyai PR3. Banyak menghasilkan entri yang berkaitan tutorial blog dan tutorial bahasa jawa. Dan kalau korang berminat membaca cerpen, jangan lupa singgah ke blog ini. Korang pasti akan tertunggu episod yang seterusnya :) 

Nama Blogger
Cheida

Review 
Seorang blogger yang comel yang dikenali melalui segmen Battle Royal. Cheida seorang blogger yang peramah dan merupakan seorang pengomen tegar di blog ini. Kalau korang nak berkenalan dengan Cheida, ajak ramai kawan-kawan terjah dan follow blog ni :) 

Nama Blogger
Najihah

Review 
Seorang blogger yang cantik dan menjadi pengomen blog ini sejak dari awal blog ni dibuat. Blogger yang kreatif dengan bermacam-macam entri dan tutorial ditulis. Bagi perempuan, kalau korang nak tahu cara nak pakai tudung bawal atau pashmina, jom la singgah blog Najihah :)

****************************************** 

Mesej daripada penaja : Kepada pengomen tegar blog aku yang tak disebutkan nama, dont worry sebab akan ada review pengomen tegar part 2. So, kalau korang nak blog korang direview selalu la komen blog ni ye. To be continued :)


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search