Dia Reject Saya Sebab Saya Jual Burger!

- 04.47
advertise here

Tengah cari idea nak update, tertengok satu perbualan brader ni dengan DJ radio kat You Tube, cerita pasal dia kena reject dengan tunang dia sebab dia hanya jual burger je. Nama brader ni Samad. Kesian jugak la dengar. Disebabkan dia kerja jual burger, tunang dia cari lelaki lain yang kaya dengan alasan cari yang kaya bila kahwin nanti hidup senang. Kat bawah ni adalah perbualan telah diringkas antara Samad, DJ dan tunangnya, Sheril.

Samad : Saya berniaga burger je..tunang saya tu ada lelaki lain. Dia mintak putus..dia kata ada orang lain.

DJ :
Sekarang ni ko memang nak selamatkan keadaan la ni..ok takpa, ko tunggu je..brader call dia sekejap.

DJ : Hello, boleh tak saya cakap dengan Sheril? Kenal tak Samad?

Sheril : Ya, tunang I.

DJ
: Brader dapat SMS dari tunang Sheril ni..dia kata Sheril mintak putus dengan dia ni sebab dia berniaga burger je. Salah ke berniaga burger ni?


Sheril : Bukan la salah tapi untuk long term agak salah la jugak..orang yang jual burger takkan berjaya..macam mana nak dapat duit banyak.

DJ : Memang betul la sekarang ni awak ada lelaki lain? Dia memang kaya la.

Sheril : Betul la..of course kaya. Dia memang kaya ok..ada masa depan, banyak duit. 


Kalau korang nak dengar dialog selebihnya lagi tengok kat You Tube ni. So, aku nak tanya la pendapat korang, adakah perempuan hanya kejar lelaki kaya  yang ada banyak duit aka mata duitan walaupun dah ada teman lelaki tapi sanggup tinggalkannya semata-mata kerana duit..ataupun kerana lelaki yang tak nak cari kerja lain yang menyebabkan perempuan cari lelaki lain yang dia rasa boleh menjamin hidupnya? Jawab jangan tak jawab :)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search