Review Blogger Cantik Blog Nick Nashram Part 1

- 08.46
advertise here
Nama Blogger : Aslvie Adam

Review : Seorang blogger baru yang cantik dan telah berstatus isteri dan ibu. Kalau korang masuk blog Aslvie Adam, jangan ingat musim luruh pulak sebab nampak bunga-bunga berguguran :) Orangnya agak peramah dan selalu jugak komen kat blog aku. Kepada yang belum jadi follower blog Aslvie Adam, apa kata ramai-ramai terjah blog dia.

Nama Blogger : Eva
( http://www.evaromina.com/ )

Review : Salah seorang blogger cantik yang berasal dari Sarawak. Apa yang menarik tentang blog Eva ialah konsep blognya iaitu hitam putih. Pembaca masuk tengok pun sejuk je mata memandang. Entri yang disajikan jugak santai. Dengan kerjanya sebagai cikgu, memang Eva seorang yang friendly. Satu lagi, kalau korang minat dengan kucing, boleh la terjah ke blognya untuk share story.

Nama Blogger : Hazanis
( http://hazanis.blogspot.com/ )

Review : Blogger yang cantik dan asal sama negeri dengan aku iaitu Kelantan. Masih lagi berstatus student. Hazanis lebih suka membahasakan dirinya Mek Chah..heheh. Blog Mek Chah memang menarik..masuk je tengok header blog dia konpem korang ternganga. Siap ada salji lagi yang turun. Mek Chah baru je sambut birthday dia yang ke 23. Nak kenal Mek Chah lebih lanjut, jom lepak ke blog dia.



Nama Blogger : Nia Nadiya
( http://ceritasinia.blogspot.com/ )

Review : Sorang lagi follower blog aku yang cantik dan selalu komen kat blog ni. Aku suka singgah blog Nia sebab rasa tenang je bila masuk ke blognya dan dihidangkan dengan entri-entri yang menarik untuk dibaca. Macam-macam entri ada. So, kalau korang belum jadi follower blog Nia, jangan la segan ye singgah ke blog dia.

P/S : Kepada blogger yang belum sempat direview, jangan risau sebab ada lagi review untuk part 2 :)
 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search