Anda Pilih Pembaca Setia Atau Pembaca Segera?

- 03.41
advertise here

Nak tanya la sikit..semasa menulis sesuatu entri, korang pilih pembaca setia atau pembaca segera?

PEMBACA SETIA

Mereka yang selalu melawat blog korang. Tak kiralah apa jenis entri yang korang tulis, mesti dia akan datang dan tinggalkan komen, sama ada pujian atau kritikan. Kalau tak komen pun masuk baca pun kira dah ok. Tu pembaca setia. Dan blog jenis pembaca setia ni lebih kepada sharing personal idea, benda yang tuan punya blog minat atau mengenai sesuatu tutorial. Pembaca setia akan selalu melawat blog korang kerana tertarik dengan kreativiti dan cara korang mengolah sesuatu entri. Biasanya trafik adalah rendah.

PEMBACA SEGERA

Mereka yang datang ke blog korang semata-mata nak cari entri-entri semasa yang hasil daripada carian mereka di goggle, yahoo dan bing. Kebanyakkan entri yang ditulis adalah tentang gosip dan skandal artis, link download movie, berita politik ataupun mana-mana entri yang korang rasa kalau ditulis boleh tarik ramai pembaca segera. Blog pembaca segera kurang menulis entri yang berbentuk personal tapi lebih kepada entri panas yang ditulis atau dicopy paste dari sumber lain dan trafik yang dapat adalah sangat tinggi.

KORANG PILIH PEMBACA SETIA ATAU PEMBACA SEGERA?


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search