Nak Tahu Muka Isteri Bila Tua Tengok Maknya

- 05.50
advertise here

2 3 hari ni kejar sana sini sibuk dengan posting. Masa terluang ni nak update la sikit. Benda ni aku ada terbaca dalam majalah REMAJA. Katanya " Mak saya cakap, kalau nak tahu muka isteri kita waktu tua, kena tengok la wajah mak dia. Kalau korang nak tahu, perbualan ni antara Dafi dan Sharifah Amani dalam iklan SilkyGirl.

Aku pernah dengar dalam satu ceramah, macam mana nak tengok perangai bakal suami atau isteri. Kalau nak tahu perangai bakal isteri, tengok perangai mak perempuan tu. Tapi kalau nak tahu perangai bakal suami, tengok dengan siapa dia berkawan. 

Dan mesti korang akan kata "Alah, tak semestinya muka serupa dengan mak. Mungkin betul tapi persamaan dari segi lain mesti ada macam perangai. Kalau mak dia perangai sekian-sekian, anaknya bila dah besar akan ikut perangai yang sama. Like mom like daughter :)

So, bagi yang lelaki tu, nak cari isteri, sila la berjumpa dengan bakal mak mertua dulu. Nak tahu betul ke ada persamaan antara muka atau perangai antara bakal isteri dan bakal mak mertua. Tapi macam mana pulak kalau perempuan nak tahu muka bakal suaminya bila dah tua? Apa kata anda..hehehe

P/S : Esok dah nak bertolak ke Johor..nama sekolah pun dah tahu..doakan saya semoga selamat sampai :)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search