Sabtu, 31 Mei 2014

Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan


Sesiapa yang bercadang untuk melangsungkan upacara pertunangan, boleh baca kat sini checklist dan kos untuk majlis pertunangan tu nanti. Yang ni aku punye checklist. Nanti korang tambah sendiri la ye yang mana kurang.


Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan

Tema warna                    : ___________?
Jumlah undangan          : ___________?
Tarikh hari pertunangan : ___________?


1. Baju tunang

  • Korang boleh guna kain yang dihantar oleh pihak lelaki masa hari merisik untuk buat baju.
  • Atau guna baju raya yang belum pakai/ yang dah pakai kalau ok apa salahnya.
  • Atau kalau ada modal lebih beli baju baru atau sewa.
2. Gubahan hantaran
  • Guna kreativiti korang sendiri. Boleh tengok dalam majalah pengantin cara nak gubah tu. Jimat kos. Lipat kain dan barang-barang, kemudian letak reben sikit pun dah cantik. Simpan duit untuk kahwin lagi baik.
3. Barang-barang hantaran
    Nak jimat dulang, letak apa yang nak dipakai masa kahwin nanti macam :
  • Cincin
  • Sejadah & Quran
  • Dompet & Tali pinggang
  • Kemeja
  • Handphone / Kamera 
  • Kek / Chocolate/ Buah
  • Set perfume/ Body shower set
 4. Mini catering
  • Untuk mini catering, korang boleh bajet dalam RM 500. Tapi masak sendiri lagi jimat. Jemput saudara mara je untuk majlis ni datang makan. Dah kahwin nanti, baru buat besar-besar.
 5. Kad undangan
  • Tak ada pun tak apa. Jemput dengan mulut je. Simpan duit untuk kad kahwin nanti.
  • Kalau nak buat bagi tujuan nak ada peta bagi memudahkan tetamu datang, bajet la dalam RM 3 untuk sat kad.
6. Mini pelamin
  • Bajet dalam RM 300, sekali dengan gubahan bunga.
  • Yang simple, korang design sendiri, nak buat kat luar atau dalam bilik.
 7. Make-up
  • Korang make up sendiri je atau mintak tolong kawan-kawan. Tak payah la habiskan duit panggil mak andam.
Majlis pertunangan tak grand pun tak apa. Janji sempurna. Kahwin lagi banyak nak guna duit. Semoga semua berjalan dengan lancar. Mohon my future wife baca ni jugak :)

Senin, 19 Mei 2014

Biskut Oat Cereal Murah : Sesuai Untuk Blogger Makan


Semalam baru beli dua packet besar Oat Cereal ni. Nak beli Oat Chocolate Choco tapi tak jumpa. So, beli yang ni dulu. Sekarang ni biskut oat memang terkenal. Sesuai kalau korang buat majlis harijadi, hidang sekali biskut oat ni. Kalau blogger yang rajin update entri malam-malam, digalakkan makan biskut ni sebab kandungan kolestrolnya rendah. Bulan puasa nanti, kalau korang malas nak masak, korang makan je biskut oat ni. 


Satu
packet Oat Cereal ni harganya dalam RM10. Dalam satu packet ada 40 pieces biskut. Ada empat jenis kaler..merah,putih,kuning dan oren. Korang pilih nak kaler jenis apa. Tengok cara bungkus pun dah buat orang terliur. Letak dalam poket je..time lapar terus makan.


Rasanya ranggup, sedap dan bau wangi. Yang mana diet tak nak makan nasi tu, elok sangat la korang makan Oat Cereal ni. Kolestrol rendah, kaya dengan fiber pulak tu. Lepas baca entri ni, jangan lupa terus pergi beli.

Jumat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru : Cikgu, Sir, Ustaz Nick Nashram

Orang dalam gambar ini pernah kena tampar dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah, pernah, pernah kena rotan sebab dapat markah rendah, selalu kena soal dalam kelas, kena cubit perut sebab datang lewat ke sekolah. Dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah macam-macam la denda,hukuman yang aku pernah kena.

Dan biasanya cikgu yang garang adalah cikgu yang ajar subjek bahasa inggeris, bahasa melayu dengan matematik. Tiba je masa subjek-subjek ni, mula la cuak..haha.

Terima kasih cikgu, tanpa jasa cikgu, tak mungkin saya berada pada tempat saya sekarang. Rasanya tak ada kot guru yang pernah mengajar saya baca blog ini. Kalau ada, saya memohon jutaan kemaafan jika ada kesalahan saya pada kalian. Terima kasih atas segalanya. Moga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas jasa dan pengorbanan yang kalian curahkan.

Rabu, 14 Mei 2014

Anda Gay Kalau Pakai Baju V-Neck?


TANDA-TANDA LELAKI ITU GAY
1. Lelaki yang suka memakai baju jenis v-neck.
2. Lelaki yang mempunyai muscular body.
3. Lelaki yang memakai baju ketat dan berwarna light.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian macam pelik je.. takkan semua orang pakai baju v-neck, berbadan sasa, pakai baju ketat-ketat dah kena cop gay. Sebelum kajian ni dibuat, aku dah beli 6 helai baju jenis v-neck ni.

Masa aku beli tu nampak macam elok je, trend kot orang pakai baju jenis v-neck ni. Baju aku macam-macam jenis kolar ada. Bulat, petak, segitiga..semua ada. Takkan la pakai baju kolar bulat jadi normal, pakai baju jenis v-neck jadi gay..haha

Kesimpulannya, jangan percaya sangat la kajian kat atas tu kalau pasangan korang pakai baju jenis v-neck macam yang aku pakai ni. By the way, aku maskulin ye..hehe.

Terfikir jugak, kenapa lah lelaki nak jadi gay? Padahal kalau usha awek mudah je nak dapat. Lelaki jugak yang dia pilih. Dunia nak kiamat dah.

Selasa, 13 Mei 2014

Hisap Rokok Baru Nampak Macho

Rompak status dari blogger yuyu

Aku nak tanya pendapat korang khasnya perempuan...pada pandangan korang, tak kisah la pasangan atau kawan yang merokok ni macho ke tak macho sebenarnya. Bila tanya budak-budak sekolah kenapa hisap rokok, kata nak nampak macho cikgu.
 
Aku tak faham langsung..
Di mana yang nampak machonya tu bila merokok ni?
Adakah sewaktu hisap?
Adakah sewaktu bakar?
Adakah sewaktu hembus?
Di mana kemachoannya?
Habaq mai sikit..pasal aku tak nampak pun  <_<


Pernah ada orang ingat aku hisap rokok dalam entri Sebenarnya Saya Bukan Perokok..haha. Lelaki merokok?? tak macho langsung lah..kecuali diorang tu memang model iklan rokok. Kalau pasangan korang merokok, cuba bagi dia baca panduan ajaib nak berhenti merokok bawah kotak komen ini. Gerenti berhenti punya.

Minggu, 11 Mei 2014

Bila Blog Cik Tunang Masuk Dalam Utusan


Cik tunang dah bagitahu awal-awal suruh beli paper Utusan hari sabtu dan tengok segmen blogger pilihan. Pagi-pagi lagi dah tercongak duk tunggu nak beli paper Utusan. Tak dapat masuk paper, tumpang glamour cik tunang pun jadilah..hehe. I am happy for you :)

Sabtu, 10 Mei 2014

Antara Vios Baru 2013 Dan Honda City Baru 2014


Dari segi reka bentuk, Toyota Vios 2013 lebih nampak garang. Seminggu aku beli Toyota Vios lama, baru keluar yang baru. Menyesal pulak tak tunggu dulu. Cuma, Toyota Vios baru ini masih mengekalkan kuasa enjin sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

SENARAI HARGA TOYOTA VIOS BARU 2013

Toyota
Vios 1.5J (MT) : RM73,200.00

Toyota Vios 1.5J (AT) : RM77,300.00

Toyota Vios 1.5E (AT) : RM82,900.00

Toyota Vios 1.5G (AT) : RM88,500.00

Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) : RM93,200.00



Dari segi reka bentuk, Honda City 2014 nampak lebih mengancam dengan rekaan gril yang lebih menonjol, dengan rekaan lampu hadapan yang baru dan bumper yang lebih bergaya dan tajam. Enjinnya dipasang standard pada semua varian, iaitu enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC, yang menawarkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Transmisi auto lima kelajuan di dalam model generasi sebelum ini digantikan dengan transmisi Earth Dream CVT yang serba baru.

SENARAI HARGA HONDA CITY BARU 2014

Honda City S: RM75,800.00

Honda City S+: RM78,800.00

Honda City E: RM83,800.00

Honda City V: RM90,800.00


Sesiapa yang bercadang nak tukar atau beli kereta baru dengan anggaran budget harga sekitar RM70,000 sehingga RM90,000, Toyota Vios atau Honda City memang sesuai la dengan korang :)

Selasa, 06 Mei 2014

Hati Seorang Bakal Pengantin


Perkahwinan - Pelengkap Kehidupan

Mungkin antara kita ada yang dah bersedia untuk berkahwin tapi masih ragu-ragu. Salah satu sebabnya ialah belum mendapat pekerjaan. Bagi yang dah bekerja, perasaan bimbang tu tetap ada di sudut hati kerana terfikir "adakah gaji yang diterima itu cukup untuk menyara keluarganya nanti?".

Kalau kita buat benda yang baik, insha allah, Allah akan tambahkan rezeki lagi. Jangan disebabkan alasan ekonomi, benda yang baik  dijadikan alasan untuk ke jinjang pelamin. Ramai je yang bermula daripada tidak ada harta semasa kahwin, tapi rezeki melimpah dan cukup keperluan untuk menyara keluarga selepas kahwin.

Bila Nikah Jadi Mahal - Zina Jadi Murah


Jangan terkejut kalau ada yang sanggup pinjam sana sini sebab nak kahwin. Dah lahir dua tiga orang anak pun masih duk bayar hutang dengan bank lagi. Tapi nak buat macam mana? Sesetengah mentaliti masyarakat kita yang memandang sesebuah perkahwinan tu mestilah dibuat secara besar-besaran. Jangan ikut orang kata, tapi ikut agama. 

Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya.

Kos Perkahwinan

Lelaki mana yang tak stress bila fikir tentang duit untuk kahwin. Dari duit hantaran, pakaian pengantin, jurugambar, kad kahwin dan macam-macam lagilah. Sekarang kos sara hidup tinggi, dengan cukai GST lagi, gaji yang banyak pun kejap je habis.

Alhamdulillah, my future wife dekat je dengan rumah aku, lebih kurang 15 minit dah sampai. Kitorang sebenarnya tinggal di satu bandar..tak sangka pulak jumpa, dah jodoh. Kalau jodoh korang dengan orang jauh, kos perjalanan (minyak+tol) dan kos tempat tinggal (homestay) tu kenalah kira sekali dalam bajet tu. Apapun, berjimat lah dari sekarang macam cara yang aku tips ini.

To My Future Wife



Thank you for accepting me into your life, thank you for sharing your tender love with me, thank you for making me laugh where I'd almost forgotten how to, thank you for understanding and trusting me so much. Thank you for everything, you and your family. You are truly a blessing :)

Minggu, 04 Mei 2014

Hati Seorang Cikgu

Pada suatu masa dahulu, 3 orang budak tengah bersembang bawah pokok tepi kantin, duk sembang pasal cita-cita.

Din : Tiap kali aku dengar lagu "inilah barisan kita..yang ikhlas berjuang..."naik bulu roma aku. Aku nak jadi askar la. Nanti boleh pegang M16 pastu tembak orang jahat. Hebat tak?

Aku : Aku nak jadi perdana menteri. Kalau aku jadi perdana menteri, aku nak naikkan gaji semua orang. Bila raya aku nak bagi bonus 5 bulan gaji. Pastu setiap negeri aku nak pastikan semua dipasang dengan wifi. Kalau rakyat ada masalah, boleh terus video conference dengan aku. Amacam? 

Din & Lan : Hebat lu punya cita-cita brader =.="

Lan : Ehem..ehem..aku punya cita-cita nak jadi cikgu.

Aku & Din : Hahaha..asal pilih jadi cikgu?

Lan : Sebab orang cakap jadi cikgu ni banyak pahalanya. Kalau kita ikhlas mengajar, kita dapat dua ganjaran, masa di dunia dan saham akhirat. Dan ilmu yang kita ajar dan diorang amalkan, pahala tetap berterusan walaupun masa tu kita dah mati. Lagipun, sebab cikgu la korang nanti boleh jadi askar dengan perdana menteri tu..ada faham?

Tengok-tengok aku pulak yang jadi cikgu. Tapi zaman sekarang bukan mudah nak jadi guru..banyak cabaran. Sape yang nak aku jadi perdana menteri, vote aku masa PRU nanti..hehe

Sabtu, 03 Mei 2014

Blogwalking Ke Rumah Dua Blogger Cantik


Agak-agak berapa jumlah blogger di Malaysia? Dan dalam jumlah tersebut berapa orang dah korang jumpa? Yang jumpa kat alam maya tak kira. Rasa menyesal pulak tak pergi SBB, yang dah pergi mesti syok dapat jumpa ramai blogger, sembang depan-depan.

Tak kenal maka tak cinta..dah kenal maka jatuh cinta pulak. Siapa dua blogger cantik yang aku jumpa tu? jeng..jeng..jeng. Kalau korang nak tahu, yang dalam gambar tu blogger nurmujahidah dan blogger yuyuatiqa. Dah berkenalan belum dengan dua orang blogger ni? Kalau belum boleh la melawat blog diorang dulu. Jangan risau, memang sangat peramah, baik, comel lagi..huhu.

Ada orang kata kawan dalam blog lebih memahami kita. Aku pun tak tahu nak huraikan macam mana. Kalau boleh, nak jugak la kenal korang depan-depan. Selalu komen kat blog, nak dengar la pulak komen guna mulut. Mohon semua blogger yang baca entri ni bagi alamat rumah. Nak blogwalking kat rumah korang :) 

P/S : Jangan risau, buah tangan, buah hati, buah-buahan aku bawak sekali masa melawat korang..hehe


Top