Surat Untuk Bakal Isteriku

- 19.00
advertise here


Surat ini saya tulis untuk awak. Ya, untuk awak yang tengah baca entri ini. Saya tak tahu siapa awak, di mana awak sekarang ni..cuma apa yang saya harapkan awak tenang membaca entri ini.

Sebelum kita bakal diijab kabulkan, ada beberapa soalan yang saya nak tanya.

Awak,sudah sedia ke awak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak saya?
Bukan apa, orang kata tanggungjawab bila dah kahwin lain nak bandingkan masa bujang. Manalah tahu, kalau saya tegur nanti, awak cepat merajuk. Lepas tu tak nak masak, jenuh saya nak pujuk nanti. Tapi kalau awak dah bersedia, insha allah, rumah tangga kita bahagia.

Bercakap pasal anak, saya tak kisah dapat berapa pun. Lagi ramai lagi meriahkan, lebih-lebih lagi anak-anak comel macam awak :P Bab-bab nak mendidik anak tu awak jangan risau kalau mereka perangai degil dan nakal. Awak jangan lupa, saya kan cikgu. Bertahun-tahun berada di sekolah, saya dah masak dengan perangai budak-budak. Cuma apa yang saya nak bagitahu, walaupun awak dan saya sama-sama bekerja, tapi jangan lupa tanggungjawab untuk bersama mereka. Layan kerenah, dengar masalah diorang, pujuk bila diorang merajuk. Ala, macam awak dulu-dulu merajuk.
 
Untuk pengetahuan awak,saya sekarang ni cuba nak tambah lagi ilmu agama dalam diri. Mudah-mudahan dapat membantu saya untuk membimbing awak dan anak-anak. Biar mereka boleh membaca al-quran dengan fasih, boleh menjadi imam dalam solat. Insha allah, kita akan jadikan mereka hamba Allah yang soleh dan solehah. Doakan saya supaya sentiasa istiqamah dalam mendalami ilmu agama ini.

Setakat ini dulu lah surat saya untuk awak. Sama ada awak dah bersedia atau belum, terpulanglah pada awak. Jika awak belum bersedia, saya setia menanti di sini. Sekali lagi, jika awak yang terbaca surat ini, jangan lupa bagi clue sikit siapa awak. Agaknya mana awak ketika ini ye. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Sekian.

P/S : Terasa macam poyo pulak publish entri ni..haha. Kali pertama guna “saya” tulis entri semata-mata untuk awak. Ya, awaklah : )
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search