Jom Sambut Valentine Day 14 Februari

- 22.45
advertise here

Valentine Day. Apa tu? Tipulah kalau korang tak tahu. 14 Febuari setiap tahun, tarikh keramat yang di tunggu oleh remaja. Kalau tengok di pasar raya, macam-macam promosi coklat, bunga ros merah untuk sambutan Valentine Day ini.

APA YANG KITA TAHU TENTANG VALENTINE DAY?
- Keluar dating dengan awek/pakwe.
- Bagi hadiah, bunga, coklat kat pasangan.

APA YANG KITA TAK TAHU TENTANG VALENTINE DAY?
- Ramai remaja perempuan dan lelaki bakal kehilangan dara/teruna pada 14 Feb.
- Berapa ramai  mak bapak yang ambil peduli aktiviti-aktiviti anak-anak mereka pada hari tu.

HABIS TU TAK BOLEH SAMBUT LA?
Biasanya perkara yang dilarang itu yang paling best nak buat kan. Macam rokok, JAKIM dah keluarkan fatwa merokok itu haram tapi ramai jugak yang hisap. Yang beragama islam tak payah mengada-ngada nak sambut. JAKIM dah keluarkan fatwa yang Hari Valentine adalah haram disambut atau diraikan.
Pokok pangkalnya sambutan ini jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. 


P/S : Sambut birthday tuan punya blog ni takpa, nanti dapat hadiah :)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search