Berhati-hati Dengan Pengumpul Koleksi Gambar Awek Melayu!

- 22.45
advertise here

Hanya dengan taip keyword di google"awek atau awek melayu", hampir 2,590,000 results akan keluar. Dan kalau anda klik mana-mana page dalam search result tu, macam-macam gambar awek yang ada. Persoalannya salah siapa?

Kata Pemilik Gambar
"Bukan salah kami, orang tu yang curi dari fb kami."

Kata Pemilik Admin Page
"Bukan salah admin yang upload gambar ni, tapi salah awek tu sendiri la yang upload kat fb. Takkan la admin yang paksa awek-awek ni bagi gambar kan?"

Ya, saya tahu anda cantik, anda comel, anda lawa..tapi kena ingat, kecantikan dan kecomelan anda itu satu anugerah untuk tontonan pada yang berhak sahaja. Sanggupkah anda tengok gambar anda menjadi pencuci mata dan pemuas nafsu lelaki? Apatah lagi kalau gambar tersebut anda berpakaian ketat dan seksi. Selagi gambar tersebut 'dijamu' oleh kaum lelaki diluar sana selagi itulah bebanan dosa bertambah.

Kepada wanita-wanita yang ada facebook, delete gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat kalau anda sayangkan maruah anda. Kepada lelaki yang ada girlfriend/isteri, kalau anda sayang pada awek/isteri anda, nasihatlah mereka supaya tidak meletakkan gambar yang yang boleh mengundang buaya darat. Aku bukan nak jaga tepi kain korang tapi disebabkan anda itu saudara sesama islam, so tak salahkan nak bagi nasihat. Terpulanglah pada diri masing-masing. Peace :) 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search