Laju Ke Guna 4G LTE Maxis Mobile Wifi Modem (MiFi) ?

- 22.19
advertise here

Baru je 2 hari lepas pergi ke Maxis Centre, daftar untuk 4G LTE Maxis Mobile Wifi (MiFi). Selalunya hack wifi rumah jiran je..hehe. Sebelum ni aku hanya guna broadband celcom dan broadband maxis. Tapi susahlah bila nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat kalau guna broadband. Takkan la nak bawak laptop pergi sana sini. Sekarang ni aku guna 2 tablet dan 1 laptop. Bukak Mobile Wifi modem, semua dapat internet.


LIPUTAN 4G LTE
Jangan risau kalau anda berada di luar liputan 4G LTE. Anda masih boleh gunakan liputan 3G. Check DISINI nak tahu liputan kat tempat anda.

KETAHANAN BATERI
Sekarang ni aku guna yang Casual Surfer. Bateri modem ni tahan lama, dalam 5 jam kalau guna tak henti-henti. Kalau setakat laptop/tablet anda dalam mode standby, bateri tu tahan dalam 280 jam. Pelan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

 
Free off peak tu adalah antara jam 2 pagi sehingga 8 pagi. Waktu ni orang tengah lena tidur lagi. Jadi tak ramai orang guna internet. Nak download banyak-banyak pun tak ada masalah la. Bayaran permulaan adalah sebanyak RM 150. Bulanan pulak RM 68..bergantung pakej mana yang korang ambil. Semua pelan dikenakan kontrak 12 bulan. Info lanjut baca DISINI.

 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search