Senarai Kenderaan Yang Sesuai Guna Petrol RON95

- 20.58
advertise here

Tidak semua kenderaan sesuai guna RON 95. Untuk senarai model kereta yang boleh guna RON 95, baca perakuan daripada pengeluar kat bawah ini.


KUMPULAN AUTOMOTIF NAZA : RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW TOYOTA MOTOR : RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi. 

HONDA MALAYSIA : RON95 sesuai semua model yang diedarkan oleh syarikat itu kecuali model Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi.

PROTON/PERODUA : RON95 sesuai digunakan bagi semua kereta keluaran Proton dan Perodua.

Memang semua kenderaan boleh guna RON95..cuma bila guna petrol yang tak sesuai, bagi kesan pada enjin dan 'nyawa' kenderaan pun boleh disingkatkan. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin. Apa pun, isi minyak RM50 belum tentu penuh lagi tangki :(

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search