Kamis, 31 Januari 2013

Budak Darjah 6 Kirim Salam


Kelmarin ada kakitangan sekolah bagitahu kat aku yang ada budak kirim salam. Dia cakap tolong kirim salam kat ustaz baru tu..ustaz tu selalu je senyum *ayat seterusnya terpaksa censored*..heheh. Ingatkan budak tu refer kepada budak yang dah besar tapi rupa-rupanya budak darjah 6. Aku gelak je..hahaha.

Budak zaman sekarang ni advance betul. Kecik-kecik dah pandai nak bercinta. Kalau korang sezaman dengan aku, masa sekolah rendah dulu cinta cintun ni takde dalam kepala lagi. Dan kawan-kawan aku yang mengajar kat sekolah rendah siap ada budak-budak mintak jadi kakak angkat la..yang dahsyat lagi siap nak mintak kahwin dengan cikgu.Tapi sekarang ni sekolah menengah pun dah ada yang kahwin. Korang pernah buat ke camni masa sekolah dulu? :)

Senin, 28 Januari 2013

Bila Blogger Pergi Kursus Pra Perkahwinan


Masa dekat IPG dulu tak sempat nak ambil kursus pra perkahwinan ni. Yang ni saje je ambil awal, kawan yang ajak..bukan nak kahwin lagi. Yang datang situ semua bawa pasangan masing-masing..segan jugak..hahah. Korang dah ambil belum? Mana-mana yang dah ada pasangan tu better korang bawak pasangan bila nak pergi kursus pra perkahwinan ni. Sebabnya? Nanti korang tau la sendiri :)

Antara Kereta Persona Dan Kereta Saga FLX

Aku tak boleh decide lagi samada nak beli kereta Persona atau Saga FLX. Nak beli Saga FLX abang aku dah guna. Kereta Persona pulak kalau tengok dari segi harga tu, lebih mahal sikit la. Ada orang kata Saga FLX ni sesuai untuk yang masih single. Ok, sesuai la untuk aku..heheh. Tapi kalau dari segi bentuk, Persona lebih elegence. Cuma Saga kalau nak nampak sporty kena modify balik. Dari segi performance, aku tak pasti la. 


 
HARGA KERETA PROTON SAGA FLX

  • 1.3 FLX Standard                     - RM 38,361 bulanan dari RM 494
  • 1.3 FLX Standard  (CVT)         - RM 41,361 bulanan dari RM 533
  • 1.3 FLX Executive (MANUAL) - RM 42,161 bulanan dari RM 543
  • 1.3 FLX Executive (CVT)         - RM 44,761 bulanan dari RM 577
  • 1.6 FLX SE (CVT)                    - RM 49,463 bulanan dari RM 637


HARGA KERETA PROTON PERSONA

  • Proton Persona 1.6 Elegance B-Line (m) - RM 46,499.00 bulanan dari RM 509 
  • Proton Persona 1.6 Elegance B-Line (a) - RM 49,499.00 bulanan dari RM 542
  • Proton Persona 1.6 Elegance M-Line (m) - RM 52,999.00 bulanan dari RM 580
  • Proton Persona 1.6 Elegance M-Line (a) - RM 55,999.00 bulanan dari RM 612 
  • Proton Persona 1.6 Elegance H-Line (a) - RM 59,499.00 bulanan dari RM 651
P/S : Sape yang ada pengalaman pasal kereta kat atas ni atau ada suggestion pasal kereta lain please do share kat sini :)

Sabtu, 26 Januari 2013

Top 15 Blogger Peramah Blog Nick Nashram Part 1


Bulan Januari 2013 rasanya sedikit je entri yang aku publish..even sedikit tapi masih ada lagi pembaca blog aku yang sudi datang dan komen. Nak belanja korang makan jauh..hehehe. So, sebagai tanda terima kasih, aku nak bagi award "Blogger Peramah" la kat korang.
 
Senarai 15 Blogger Peramah Januari 2013 :

Blogger Cantik & Hensem


1. Maisarah Azmi  : http://www.sararose.my/
2. Lyeen De Syifa : http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/
3. Izzah Azizah     : http://watakutama.blogspot.com/
4. Nia Nadiya        : http://ceritasinia.blogspot.com/
5. Fifie                   : http://fifiesazuki.blogspot.com/
6. Ainim Suju         : http://ainimrashihah.blogspot.com/
7. Nurul Filzah       : http://sayaeesya.blogspot.com/
8. Cheida               : http://nurcheda88.blogspot.com/
9. Leeza                : http://www.santaileeza.com/
10. Hana Hadi       : http://onitsukahana.blogspot.com/
11. Najihahfara      : http://najihahfara.blogspot.com/
12. Intanfirdaus     : http://diarihatiku247.blogspot.com/
13. The Malay Male : http://delarocha82.blogspot.com/
14. Anak Pak Muin  : http://ian088.blogspot.com/
15. Hazwan Hairy    : http://www.hazwanhairy.com/

Terima kasih atas sokongan anda yang memberi komen yang menarik, berkongsi pendapat dan terima kasih juga kepada yang pernah membaca serta singgah di blog ini. Kepada blogger cantik dan blogger hensem kat atas tu, sila bagi bagi alamat fb/mesej kat fb aku sebab nak bagi hadiah top up :)

P/S : Kepada yang takde dalam senarai kat atas tu, jangan bimbang..korang berada dalam list blogger peramah part 2. 

Jumat, 25 Januari 2013

Berapa Kali Sepatutnya Kena Update Blog?

Cuba korang baca kategori kat bawah ni. Agak-agaknya berapa kali korang update entri blog tu...


Update Entri 5 Kali Sehari 
Rajinnya korang update entri sampai 5 kali sehari. Bagi blogger baru memang perlu update banyak-banyak untuk naikkan trafik. Cuma pastikan entri yang korang update tu santai,menarik dan ringkas. Siapa yang nak baca kalau entri panjang berjela, baca sikit dah bosan. 

Update Entri 1 Kali Sehari
Aku prefer update entri satu hari sekali..bukan apa,sebab kekangan masa dan rasanya trafik blog aku dah boleh maintain even 2-3 hari tanpa entri baru. Cuma kalau korang nak update entri 1 kali sehari, pastikan topik atau niche yang ditulis tu berlainan. Nanti takde la orang jemu nak baca. 

Update Entri Seminggu Sekali
Yang ni sesuai untuk blogger yang sekali update entri panjang-panjang. Maklum la, seminggu kumpul idea. Tapi kalau entri korang panjang tapi menarik, konpem pembaca tertunggu-tunggu jugak kedatangan entri baru korang tu. Cuma letak la sekeping dua gambar dalam entri, mood orang nak baca takde la mendatar kan.

Update Entri Sebulan Sekali
Yang ni ada 2 sebab..mungkin korang malas atau korang jenis blogger yang hebat. Update blog lama sikit pun takde masalah. Pembaca setiap hari keluar masuk..update sebulan sekali pun beribu yang terjah.

Update Entri Ikut Mood
Orang kata update bila ada rasa nak..kalau mood baik banyak la entri yang baru. Blog bersawang tu bila takde idea dan jiwa kacau..sama la macam blog aku ni. So, korang faham-faham la ye..hehehe

Entri lain yang anda mesti baca :


Kamis, 24 Januari 2013

Blogger Mana Pandai Design Header Blog?


Header blog aku dari dulu lagi tak tukar..nak design header yang cantik tapi tak pandai..hehehe. Selama korang berblogging, berapa kali dah korang tukar header blog? So, kalau korang pandai design header blog atau tahu mana-mana blogger yang pandai design header, please inform me. Nak upah korang tolong design header blog aku ni :)

Salam jumaat dan salam maulidur rasul.

 

Sebab Mak Ayah Cinta Putus


SITUASI 1 
Semalam ada kawan aku mengadu pasal relationship dengan girlfriend dia. Dia dengan girlfriend dia ok je..tak ada masalah. Cuma yang bermasalahnya ialah mak ayah girlfriend dia tu. Katanya keluarga girlfriend dia suruh dia putuskan hubungan mereka sebab tak setaraf..tak tahulah tak setaraf dari segi mana. Terkejut jugak aku dengar.

SITUASI 2 

Yang ni dah lama berlaku..kes pun hampir sama jugak. Kawan aku ni bergaduh dengan ex-girlfriend dia sebab ex-girlfriend dia kantoi SMS dengan lelaki lain. Bayangkan tengah dating pun sempat lagi bersms dengan orang lain. Seminggu jugak la diorang tak contact. Dan selang beberapa hari ex-girlfriend dia hantar SMS cakap nak putuskan hubungan tu sebab mak dia suruh.  

Aku rasa sebab-sebab keluarga lelaki/perempuan tak terima korang kerana pada pandangan mereka korang :

1. Tak setaraf dari segi nama,pangkat dsb.
2. Sebab negeri tak sama.
3. Diorang dah ada jodoh sendiri.


So, pandai-pandai la ambik hati mak ayah pasangan korang ye. Aku pun takut jugak ni :)

Entri lain yang anda mesti baca :



Rabu, 23 Januari 2013

Apa Anda Buat Bila Stress?



Aku kalau stress pasal kerja dan PBS yang berlambak, tempat yang aku biasa pergi konpem bowling centre. Nak kata pandai main boling tu tak adalah sangat, tapi kalau setakat 5 6 kali strike tu boleh la buat..kekeke. Bukan apa, bila main boling rasa macam kita baling masalah tu keluar dari kepala..dapat la enjoy sikit. Dan kat atas tu bowling centre kat Melaka..tempat yang aku selalu lepak.


Dan satu lagi tempat yang aku biasa lepak bila boring atau stress ialah shopping mall. Kadang-kadang aku ajak kawan..kalau malas nak berteman, pergi sorang je..tapi bukan forever alone macam ni. Niat saje je nak jalan-jalan, tapi terbeli jugak 2 3 pasang baju..hahah. Aku pantang betul kalau tengok ada sale atau baju yang berkenan..konpem terus beli. Lebih-lebih lagi kalau gaji baru masuk. So, korang buat apa bila stress?


Sabtu, 19 Januari 2013

Bil Elektrik RM 1.20 Sebulan


Kat atas tu bil elektrik rumah aku untuk bulan ni..tak tergamak pulak nak bayar..tunggu la 5 bulan lagi baru nak bayar..kekeke. Rasanya banyak jugak aku guna. Kipas bukak 24 jam, laptop bukak sampai ke pagi. Teringat masa kat universiti dulu, siapa guna elektrik lebih daripada had yang dibenarkan konpem kena charge. So, kalau korang teringin nak charge handphone ke, bawak la rombongan datang ke rumah aku ye :)

Kamis, 17 Januari 2013

Trafik Mencecah 1000 UV Sehari


Trafik blog aku dah stabil..dapat 1000 UV sehari pun kira dah ok la tu. Cara aku nak maintain trafik mudah je. Cuba korang baca Cara Nak Dapat Trafik 1000 Visitor Dan 1000 UV Sehari. Tapi takde guna jugak trafik tinggi tapi earning Nuffnang sikit je..hahaha. Ok, salam jumaat semua.

10 Ciri-Ciri Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami


1. Solat fardhu mesti cukup 5 waktu.

2. Ada kerja dan gaji RM800-1500 ke atas..senang la nak bayar sewa rumah ke hape.


3. Ada kenderaan..tak kisah la motor honda bulat pun, janji ada 2 helmet. Kalau ada kereta lagi bagus..bila hujan tak basah. Nak bawak isteri ke klinik pun senang :)

4. Boleh baca al-quran dan lulus ujian fardhu ‘ain..kalau isteri salah baca, ada jugak orang yang boleh tegur.


5. Jenis yang jujur dan tak menipu..bukan apa, kata nak pergi pasar, tapi melencong ke mall usha awek.


6. Serasi..dia faham kerja korang, korang pun faham kerja dia. So, bila balik lewat takde la gaduh.


7. Jenis tak cemburu buta..lebih-lebih lagi kalau korang tu hensem dan cantik, mesti ramai orang nak masuk dekat.


8. Jenis yang suka ke masjid dan dengar ceramah agama lebih-lebih lagi kalau ceramah UAI..heheh


9. Jenis yang pandai masak,pembersih dan suka menolong..bila korang demam ke hape, nanti ada jugak la yang tolong masak nasi dan goreng telur..sedap tu!


10. Boleh susah senang bersama. Kalau korang nangis, dia tolong pujuk. Kalau korang sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


Kepada yang masih single, sedang bercinta dan yang dilema tak tahu nak pilih yang mana satu calon, korang apply la tips yang ada kat atas tu ye..ok, kelas bersurai..kekeke


Selasa, 15 Januari 2013

Bila Lelaki Mengidam Makan Jeruk Mangga


Korang percaya tak aku yang buat jeruk buah mangga dan jeruk buah kedondong ni? Hehehe..sedap tau..makan sekali konpem menjilat jari. Makan sambil tengok movie memang syok..makan punya makan tak sedar dah habis. Korang jemput la makan ye :)

Minggu, 13 Januari 2013

9 Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20,000

 Sekadar gambar hiasan

9 Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20,000 ialah seperti kat bawah ni.

1. Solat 5 waktu tak pernah tinggal.
2. Menutup aurat.
3. Perangai baik.
4. Pandai mengaji dan hafal al-quran.
5.Tahu hukum hakam agama.
6. Hormat mak ayah.
7. Tak pernah kapel.
8. Pandai memasak.
9. Tahu batas pergaulan.

Benda ni aku ada terbaca kat facebook..cuma yang aku rasa susah nak jumpa ialah nak cari perempuan yang tak pernah couple..kalau ada pun rasanya satu dalam sejuta :). Tapi beruntung la lelaki kalau dapat perempuan yang ada ciri-ciri kat atas tu. Lelaki pulak macam mana ye?

Entri lain yang anda mesti baca :




Jumat, 11 Januari 2013

Bila Blogger Kena Demam Panas


Dah 2 hari aku demam panas..hidung pun asyik sok sek sok sek je. Nak mengajar pun rasa tak selesa. Hari-hari pergi sekolah pukul 7 pagi balik pukul 6 petang. Selepas solat magrib terus tidur. Dan dah seminggu jugak la aku tak makan malam. Memang sangat penat dengan kerja yang berlambak. Dah habis panadol aku makan tapi tak ok jugak. Macam mana ye nak kurangkan demam panas ni? 


Kamis, 10 Januari 2013

Untung Dapat Suami Macam Ni


Sejuk hati aku tengok video ni..bila anak dia menangis sanggup bapak dia masuk dalam buaian dan tidur sekali dengan anaknya. Baru je bapak dia nak bangun budak tu dah merangkak naik atas badan..comel..hahaha.

Tapi ada jugak sesetengah dari kita bila anak menangis, mula la kejutkan isteri "Awak, anak nangis tu mintak susu". Jarang betul lelaki yang bangun pastu tolong buatkan susu dan salin lampin bayi. Doakan aku jadi lebih hebat dari si ayah ni ye :)


 

Senin, 07 Januari 2013

Aku Tak Suka Orang Kelantan!


Terbaca kat page I ♥ KELANTAN di facebook dimana gadis ni, Diana Bahijah post something dalam twitternya yang membuatkan ramai warga Kelantan terkilan dengan kata-kata kurang cerdiknya. Katanya "mintak2 dijauhkan la drpd calon suami org pantai timur ni esps kelantan..tak suka la org kelantan ni..pelik2"..macam tu la katanya.

Aku tak tau la apa yang pelik..pastu aku share benda ni kat kawan aku, orang Johor. Katanya la, sesetengah orang Kelantan ni masa kat universiti dulu ada sifat assabiyah..ala, sifat kenegerian tu. Bila jumpa dengan geng Kelantan, tak kisah dah dengan kawan dari negeri lain. Maklum, syok jumpa member negeri sendiri. Sebab lain aku tak tau la. Apa pandangan anda apabila ada orang yang menghina negeri anda? Terasa sebab aku ni rakyat Kelantan pastu lelaki pulak :)

Lelaki Yang Baik Adalah Lelaki Yang Buncit


Hi sume..saya ni lelaki yang buncit. So, peratus untuk saya jadi lelaki dan suami yang baik adalah 110%. Mana-mana perempuan yang masih single dan masih tercari-cari calon suami boleh la call saya di talian 012-9876543. Terima kasih :)

Hahaha..macam mana kalau korang terbaca statement seperti ni? Tengah layan facebook, ternampak gambar kat atas tu.Untungnya jadi buncit ni. Boleh jadi seorang suami yang baik. Dan satu lagi dikatakan suami yang gemuk jugak umurnya panjang kerana lemaknya tu membantu memanjangkan hayatnya..alahai, rugi la lelaki yang kurus macam aku ni..kekeke. Kepada lelaki dan perempuan luar sana,apa kata anda?



Minggu, 06 Januari 2013

"Pokok cinta" Kunci rumah Sebangai Tanda Cinta

 Ia seolah-olah bahawa tradisi di Rusia telah belaku sejak 20 tahun yang lalu. para pasangan pengantin baru akan datang ke jambatan ini untuk menggantungkan kunci sebangai tanda penyatuan pasangan masing-masing, kelihatan seperti pokok Krismas .



















Gambar Bentuk-Bentuk Cawan Yang Kelakar

Gambar Bentuk-Bentuk Cawan Yang Kelakar














Top