Apa Anda Buat Bila Stress?

- 05.47
advertise here


Aku kalau stress pasal kerja dan PBS yang berlambak, tempat yang aku biasa pergi konpem bowling centre. Nak kata pandai main boling tu tak adalah sangat, tapi kalau setakat 5 6 kali strike tu boleh la buat..kekeke. Bukan apa, bila main boling rasa macam kita baling masalah tu keluar dari kepala..dapat la enjoy sikit. Dan kat atas tu bowling centre kat Melaka..tempat yang aku selalu lepak.


Dan satu lagi tempat yang aku biasa lepak bila boring atau stress ialah shopping mall. Kadang-kadang aku ajak kawan..kalau malas nak berteman, pergi sorang je..tapi bukan forever alone macam ni. Niat saje je nak jalan-jalan, tapi terbeli jugak 2 3 pasang baju..hahah. Aku pantang betul kalau tengok ada sale atau baju yang berkenan..konpem terus beli. Lebih-lebih lagi kalau gaji baru masuk. So, korang buat apa bila stress?


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search