Niat Di Hati Nak Tolong Orang Melayu, Tapi...

- 02.48
advertise here
As Salam semua

Panas berapi. Malas nak cakap banyak, makin banyak aku cakap bukan semua settel, makin serabut makin naik darah aku. 

Baju raya akak aku dihantar dekat satu tailor ni lebih kurang 2 minggu sebelum raya. FYI, ni tailor yang pertama kali akak aku try since the Chinese lady, our best tailor sebelum ni dah jatuh sakit.  Memang dah tau tak kan siap masa hari raya. Jadi, masa hari hantar tu the tailor said 2 weeks after raya dah boleh ambil baju tu. Akak aku ni pun terus lah balik tanpa tengok semula kad tempahan tu. Dah tailor tu cakap 2weeks after raya kan. Dia pun memang tak rancang baju tu untuk baju raya. 

Sekarang ni dah masuk minggu ketiga hari raya. Memang sengaja aku ambil lambat sikit sebab minggu kedua raya tu aku sibuk sangat. Akak aku dah lama balik KL, esok turn aku pulak. Aku akan bawak sekali baju dia tu esok. Sesampainya aku kat kedai tailor tu...

Aku: Kak, baju ni dah siap kan?
Tailor: Hmmmm eh belum siap lagi ni, ikut tarikh lah. Kan 31 September?
Aku: Ha? 31 September? Tapi kakak saya cakap, akak suruh amek 2 minggu lepas raya. Ni dah masuk 3 minggu raya. Tak kan belum siap kak?
Tailor: Belum. Kita buat ikut tarikh, lagi 2-3 hari nak amek barulah kita buat. Ikut turn. *muka kerek*
Aku: Saya rasa akak yang salah, mungkin akak nak tulis 31 Ogos agaknya. 
Tailor: Taklah, mana ada. Awak yang salah. Memang akak janji dengan akak awak 31 September ameknya. *sambil mata dah besar-besar. Bajet nak takutkan aku lah!*

 *macam ada tak kena lah. Hmmmm fikir jap sambil belek-belek kad tempahan. GOTCHA!!!*

Aku: Akak, memang sah akak salah! 
Tailor: Apasal pulak?
Aku: Dalam sejarah dan sepanjang saya hidup tak pernah ada 31 September. Bulan sembilan ada 30 hari je kak. So, maknanya memang akak nak tulis 31/8 tapi akak tersalah tulis jadi 31/9. Jadi, saya betullah. Walaupun saya tak tengok kad tempahan ni, akak sendiri janji 2 minggu lepas raya maksudnya 31/8. Ni pun saya dah lewatkan seminggu dari yang sepatutnya. *win!*
Tailor: *belek-belek kad sambil buat muka bengang* Kalau macam tu, esok awak ambil lah baju ni. Akak siapkan hari ni. 
Aku: Takpelah kak. Esok saya dah balik KL. Lagipun saya rasa kalau sehari akak mesti tak siap jugak sebab akak kan perlukan 2 bulan untuk siap sepasang baju kurung biasa. Kalau dalam masa sehari akak boleh buat, hmmmm nanti mesti tak senonoh jadinya. Tak nak lah saya tambah masalah. Saya decide nak amek balik kain ni.
Tailor: Tak nak sudahlah! Nah ni kain awak. *sambil campak plastik kain depan aku. jilake!*

 Sambil aku berjalan keluar kedai saje aku cakap kuat-kuat. 

Aku: Sedih dengan perangai peniaga Melayu. Tak reti diuntung. Kita nak tolong dia tapi biadap dengan customer. Memang tak majulah jawapnya! 

more than 2 months diperlukan untuk sepasang baju kurung!
EPIC FAIL. 

Terus aku tinggal, masuk dalam kereta. Chow!

Sumpah, mati hidup balik tak nak pergi tailor tu lagi. Ingat kita ni bodoh ke. Aku tak marah sangat kalau dia tersilap tulis atau baju tu tak siap lagi. Aku faham dengan keterbatasan tailor yang memang tak cukup tangan nak menjahit baju lagi-lagi di musim perayaan, tapi tolonglah tolonglah jaga hati dan perasaan customer anda. Aku tak pernah berharap untuk dilayan seperti King, tapi layanlah aku seperti manusia yang membantu kau dalam menambah sumber rezeki. 

Aku perasan, ni lah kelemahan orang Melayu dalam bab berniaga. Budi bahasa dan layanan tak diletakkan di tempat yang tinggi. Macam mana nak maju? Sedangkan kepuasan pelanggan itu bergantung besar kepada layanan peniaga kepada pelanggan. Jangan ikut mood sendiri aje. Kepala angin dia je diturutkan, habis kita ni pelanggan diketepikan. 

Bila kita buat kat bangsa lain kata orang Melayu tapi tak nak tolong Melayu. Macam mana nak tolong kalau diri sendiri yang buat customer lari? Fikirkan lah ye....




p/s: Kesian akak aku.... dah feeling-feeling nak pakai baju baru!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search