Hari-Hari Terakhir

- 11.14
advertise here
As Salam

Jumaat. The final day. 

The last day I'm home.

Okeh, cuti semester dah habis. Yes, sedih. Sedih sangat. Aku bukan sedih sebab tak dapat makan best-best, tak dapat jadi princess lagi, tapi sedih sebab satu - tinggalkan mak, ayah dan mama (makcik yang jaga aku since baby) dua- tinggalkan binatang-binatang comel penyeri hidup aku. 

Bila waktu macam ni, mula lah mak aku macam tak nak layan aku dah. Buat-buat marah aku. Tak nak manjakan aku lagi. Bukan niat dia nak buat gitu tapi dia tak nak aku sedih sangat masa pisah sebab dah tiga bulan ada disisinya kan. Kata orang putuskan kasih lah. Tapi, sumpah aku akan sedih. Aku sedih sebab aku risau. Takde sapa nak tengok-tengokkan mereka. Orang tua kan, kadang-kadang sakit pening datang tiba-tiba. Tengok, taip macam ni pun mata aku dah genang air mata. Haissh! Gembeng betullah!!!

Semalam, semua stok makanan, ubat-ubatan, dan barang keperluan aku dah belikan. Complete boleh sampai 2-3 minggu. Aku tak hirau sangat keadaan aku. Tak pelah kalau balik KL takde stok makanan pun tapi jangan mak ayah aku takde makanan. Bukan takde duit, tapi keterbatasan upaya mereka tu menyebabkan aku memang berat hati nak tinggalkan mereka. Tapi, walau apapun, aku tetap tawakal pada Allah. Mohon Dia bantu aku untuk jaga dua wali aku ke syurga ni.  T___T *alamak air hidung meleleh dah...

Kontot sekarang dah macam pinggan ye! Ini gambar lama. 
Pastu toleh pulak pada empat ekor binatang comel penyeri hidup aku. Tambah lagi sayu hati aku. Alahai tengok muka sekor-sekor sedihnya. Kimi, Glory, Kontot dan juga Tutu. Macam mana nanti ye korang? Aku harap pandai-pandailah korang jaga diri ye. Mak ayah aku ada, akan jaga korang macam aku jaga korang. Cuma Glory je. Mungkin awal-awal mesti dia cari aku. Sebab ni first time aku nak tinggalkan dia lama sikit. Eh, menitik lagi air mata ni. Haish! 

Glory posing macam biasa. 
Ini Abang Kawasan. Jangan buat main.

Takpelah, kita berpisah kerana Allah ye sayang semua. Aku nak pergi belajar. Bukan pergi suka-suka. Jangan risau, aku akan balik. Kalau takde halangan. Korang semua jaga diri baik-baik, behave dan tolonglah sekali jagakan rumah aku dan jugak tengok-tengokkan mak ayah aku. Kau semua doakan kami sekeluarga murah rezeki, panjang umur dan dilindungi Allah SWT. Supaya, aku boleh jaga dan bela korang sampai bila-bila. 

Aku sayang korang! Kita pisah sekejap je ye. Baru perasan, gambar Tutu takde. Tutu si ikan puyu sangat pemalu.


p/s: Sayunya hati lahai...







Advertisement
 

Start typing and press Enter to search