Bila Blog Anda Kena Kutuk

- 06.13
advertise here

"Cehh..ingat blog ko bagus sangat..serabut aku tengok. Ada pulak letak muka ko yang tak hensem tu. Kaler blog bukan main terang, nak muntah aku tengok. Naik menyampah tengok blog ko. "

Pernahkah korang dapat komen macam kat atas tu? Bukan komen betul contoh je..hehehe..konpem korang terkejut kalau dapat. Apa tak nya, ni bukannya komen yang berbentuk pujian.. tapi maki hamun. Mesti korang tertanya kenapa la diorang maki aku?! Apa salah aku dah buat dekat diorang ni? Terus merajuk sampai seminggu tak menulis blog :)


Kalau korang pertama kali pernah kena kutuk especially dari anon, selamat datang ke dunia blogger. First time kena kutuk memang mood akan down. Tu tandanya entri yang ditulis memberi kesan kepada pembaca. Mana-mana komen anon yang sesedap ajinamoto hingga menikam kalbu korang tu abaikan je. Mana pendapat dia yang bernas kita ambik untuk perbetulkan diri kita. 

Sebab-sebab blog korang dikutuk : 

1. Korang ada tulis isu kontroversi.
2. Nak dapatkan perhatian
3. Cemburu dengan profile picture korang yang hensem dan cantik
4. Tak puas hati sebab blog korang popular sangat.
5. Takde keje, asyik nak kutuk orang je. 
6. Blogger tu sendiri yang tak boleh terima pendapat orang lain.

Bagi aku anon ni pembakar semangat. At least aku tahu apa kelemahan blog aku dan cuba betulkan kelemahan tu. Kalau ada yang terus menerus kutuk anda, suruh dia tunjuk identiti dan ajak race kat trek..kekekeke..So, korang jangan cepat sentap dan down bila dikutuk. Semua tu adalah bonus untuk korang terus berjaya. Jadilah blogger yang hati kering sikit. Kalau korang ade pengalaman blog korang kena kutuk kat shoutbox ke, kat comment ke boleh la share kat sini :) 

P/S : Komen yang terbaik aku akan promosikan blog dia. Terima kasih kepada Hegelatan kerana sudi buat review pasal blog aku ni. Nak orang buat review blog korang jugak, jom terjah blog ni :)

Entri lain yang anda mesti baca : 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search