Cikgu Suka Makan Gaji Buta

- 06.26
advertise here
Sejak dua menjak isu pasal cikgu semakin panas, sama panas dengan kisah artis. Dulu pasal blogger ceyana yang pandang rendah kerja cikgu. Yang ni komen dari cik nurul aku jumpa dekat facebook yang kata guru sekarang kurang ajar dan makan gaji buta. Diberi nasi, di balas tahi..terima kasih banyak-banyak. 
 

Komen : Panjang lebar akak komen ye..teringin jugak nak bersemuka. Susah sangat akak oi..hantar je anak ke private school. Sekolah kerajaan ni cikgu cuti bersalin lama..nanti tak pandai pulak anak akak takde cikgu nak ajar. Cikgu tu kan manusia biasa, takde yang perfect. Kadang-kadang jatuh sakit, takkan la sihat selalu. Cikgu bukan robot, sedangkan robot pun boleh rosak kalau guna tak henti-henti. Cikgu pun berkeluarga jugak. Apa, cikgu tak boleh beranak ke?...anak tu kan anugerah Allah, cikgu pun perlukan zuriat jugak.

Bab gaji buta ke celik ke...bukan urusan kita. Yang tu urusan orang tu dengan Tuhan. Yang penting bagi aku iklhas mengajar anak orang, tak kiralah cina, melayu ataupun india. By the way, oh my english! nak kata orang broken English. Habis tu? akak punya lagi la broken habis. Nanti apa orang kata "paku dulang, paku serpih,..................."

Kalau akak boleh disiplinkan anak alhamdulillah la. Boleh tolong kami disiplinkan pelajar yang lebih dari 1000 orang ni. Beratnya mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan. Tak perlulah menunding jari kat pekerjaan orang lain. Belajarlah menghormati orang lain. Fikirlah dulu sebelum nak kata sesuatu, jangan sebab mulut badan yang binasa..seorang ibu juga adalah cikgu di rumah...kata-kata tu mencerminkan diri sendiri. Fikir-fikirkan la ye cik nurul. 
 
P/S : Terima kasih kepada Cik Fifie kerana buat entri pasal blog ini. Jom ramai-ramai join blog cik fifie yang comel ni :)
 
Entri lain yang anda mesti baca :
 
 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search