4 Sebab Ramai Berhenti Jadi Blogger

- 06.33
advertise here
 
1. Blog Hanya Untuk Duit

Sebelum ni aku pernah tulis entri tentang Bila Niat Berblogging Kerana Duit dalam blog ni. Rasanya blogger yang first impression diorang buat blog boleh menjana income 1 atau 2k sebulan memang tak kekal. Memang boleh tapi ianya bukan mudah seperti yang disangka. Macam-macam jenis iklan letak dalam blog. Tapi sebulan dua earning tak naik-naik jugak mula la nak give up. Dah bila blogging tak dapat duit, korang pun malas la nak teruskan blogging ni.

2. Blog Copy Paste


Nak buat blog ni kena ada minat dan identiti sendiri. Jangan tengok orang buat blog pasal hiburan tentang artis-artis, kita ikut sama buat blog hiburan sebab nak cepat glamour dan dapat trafik yang tinggi. Hakikatnya, korang tak minat dan tak tahu pun pasal dunia hiburan ni. Tetapi sebab korang tengok ramai orang baca blog hiburan, korang pun copy paste la entri dari blog hiburan tu. Cuba fikir, kalau setiap hari korang copy paste benda yang sama, takde orang nak bacanya sebab orang dah baca benda tersebut dekat blog yang lebih popular lagi. So, bila takde orang nak baca, korang mula la putus semangat dan stop dari blogging.

3. Niche Syok Sendiri

Mungkin pada korang niche (topik) yang dipilih banyak isu untuk dikupas. So, korang rasa kalau dibuat entri dan dipublish ramai orang akan baca dan komen. Masalahnya, korang syok sendiri padahal orang lain tak minat pun. Contoh, korang pilih niche pasal sejarah sebab generasi muda tak tahu pasal sejarah ni. Sayangnya, niche yang korang pilih tu takde sambutan pun. Bila check dekat stat 5 orang je yang baca pasal entri tersebut, termasuk la korang sendiri. Korang mengharapkan pembaca datang ke blog korang tapi pada masa yang sama korang update blog dengan entri yang orang tak minat.

4. Blog Terlalu Banyak


Bayangkan kalau korang ada 5 jenis blog yang berlainan dan kena update setiap hari. Mampu ke korang untuk cari bahan dan buat entri terkini untuk 5 blog tersebut pada satu-satu masa? Rasanya satu blog pun dah takde idea nak update. Bila dah tak mampu nak update, semua blog jadi berhabuk, kena gigit dengan anai-anai dan tunggu masa nak roboh je. So, lebih baik korang fokus hanya pada satu blog sahaja. Masa yang ada, korang boleh gunakan untuk cari bahan artikel, pilih niche yang pembaca minat dan update blog korang.
 
Entri lain yang anda mesti baca : 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search