Siapakah Boyfriend Perempuan Sebenarnya?

- 20.33
advertise here
 
Siapa yang baca entri ni mesti korang curious nak tahu siapa boyfriend korang sebenarnya? Actually, pakwe sejati korang bukan lelaki. Tak kiralah dia hensem, macho, tough, smart ke hape, tapi dia masih bukan pakwe korang yang sejati. Pakwe dan boyfriend korang yang sejati dan setia ialah CERMIN. Sebabnya korang :

1. Bangun pagi cermin dulu yang dicari. Tengok cermin sambil betulkan rambut yang mengerbang, lap air liur basi dan buang tahi mata.

2. Masuk bilik air tengok cermin lagi sambil gosok gigi dan cuci muka. Ada jerawat sikit terus risau. Silap-silap mandi pun sambil tengok cermin.

3. Nak keluar bilik mandi pun sempat lagi tengok cermin kot-kot ada syampu ke melekat di kepala.

4. Bila dah siap mandi, masuk bilik tidur dan benda yang dicari cermin jugak. Tersenyum-senyum depan cermin sambil make up muka dengan mascara dan lipstick. Mesti ada yang cakap " lawa jugak aku ni".

5. Dah siap make up, bukak pulak almari cari kain tudung. Cermin lagi yang jadi mangsa duk mencuba fesyen tudung. Setengah jam kepala lentok sana sini baru la puas hati. "Dah la tu" kata cermin dalam hati.

6. Nak keluar dari rumah pergi kerja atau kuliah, breakfast dulu. Masa tengah minum air tu sempat lagi kerling dekat sudu. Maklum la ada reflection muka dia kat sudu tu.

7. Keluar rumah sebelum masuk kereta, betulkan tudung dulu kat cermin kereta. Dah masuk dalam kereta dan start enjin, visor mirror jugak yang dicari. 

8. Sampai di tempat kerja, kalau pintu pejabat tu cermin berhenti kejap betulkan mana-mana kain yang tersinsing dan terkelepet.

9. Balik kerja singgah dulu kat shopping complex. Sengaja lalu kat bahagian yang orang jual cermin sebab nak tengok muka berminyak ke tak. Maklum la sehari bekerja.

10. Cermin dalam fitting room pun tak terkecuali. Tengah mencuba baju dapat jugak snap 2 3 gambar.

Pendek kata, cermin ni pakwe wanita yang setia tanpa suara. 24 jam korang bersama, bercakap dan bersemuka dengan cermin. Even dalam beg tangan korang pun still ada cermin compact powder kan walaupun powdernya dah habis..kekeke. Jangan marah ye. Kata orang, sebaik cermin ialah cermin diri. Cantik luar dan cantik dalam.

P/S : Girlfriend lelaki pun cermin jugak tapi cermin apa ye..sila jawab :) 


Entri lain yang anda mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search