Boleh Percaya Ke Cinta Jarak Jauh?

- 02.18
advertise here

Korang pernah tengok tak drama cinta melayu? Kronologinya lebih kurang macam ni la..berkenalan di kampus - masuk kursus yang sama - terlanggar buku - bermulanya detik percintaan - kemudian berpisah sebab kerja. So, nak tanya korang la, boleh percaya ke cinta jarak jauh ni? Kata orang percintaan jarak jauh ni hebat dugaannya. Tak berjumpa dan sibuk dengan urusan harian sedikit sebanyak boleh merenggangkan perhubungan tu. 

Mungkin ada yang cakap camni kat korang “Kau percaya ke pakwe kau kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan nampak pun!”. Dan mungkin ada jugak yang akan cakap “Percayalah kat awek kau tu..takkan dia nak mengkhianati hubungan korang selama ni. Aku dah kenal sangat la dia". So, berdasarkan pendapat aku sendiri la, cinta jarak jauh ni ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

 
KEKURANGAN BERCINTA JARAK JAUH

- Mudah ada sifat curiga..lambat hantar SMS terus ada yang merajuk.
- Sentiasa bimbang takut pasangan berubah hati.
- Mudah cemburu
- Bil telefon dan top up korang konpem akan bertambah.
- Kena habiskan duit beli handphone ada 3G
- Korang akan menangis sorang-sorang bila dah rindu
- Mudah hilang fokus sebab asyik teringat orang jauh.

KELEBIHAN BERCINTA JARAK JAUH

- Boleh mengelakkan maksiat.
- Boleh mengelakkan fitnah dari orang sekeliling.
- Menguji tahap kesetiaan pasangan korang.
- Korang akan lebih menghargai pasangan.


Kalau girlfriend/boyfriend korang berada jauh di mata, janganlah terlalu mengongkong dengan 24 jam duk call dia. Berikan sedikit kepercayaan kepada pasangan. Kalau ada jodoh dalam PJJ, ada la rezeki. Kalau takde maknanya dia bukan pemilik hati sebelah korang la. Entri ini ditulis hasil selepas tengok drama melayu kat You Tube semasa hujan turun..kekeke..so, kalau korang ada pendapat atau pengalaman tentang cinta jarak jauh ni, share la ye :)


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search