Sendiri Mau Ingat Lah Pakcik!

- 01.48
advertise here
As Salam semua

Aku kalau boleh bulan puasa ni malas nak marah-marah ke apa. Biasalah, puasa bukan sekadar tahan nafsu makan, nafsu marah pun kena tahan jugak. Kalau tak, rugi je pahala puasa kau. Tapi tu lah kan, aku cuba buat baik, orang pulak buat tak baik. Kesian aku...

sumber: Mirul Alpha Photo
Sepanjang 12 hari Ramadhan ni, aku dengan mak aku biasanya beli kuih muih dekat kedai atau makcik yang memang kiteorang tahu masakannya sedap. Belum pernah lagi pergi bazaar Ramadhan. Mak aku tak berapa suka orang ramai-ramai ni. Berhimpit-himpit semua. Lagipun dia sakit kaki. 

Tapi semalam, aku teringin nak makan yong tau foo. Jadi nak tak nak terpaksa pergi bazaar ramadhan kan. Haaa kau, kalau dah pergi bazaar jawapannya bukan setakat tu je lah aku beli. Ayah aku pun kirim jugak. Dia teringin nak makan murtabak. Jadi semalam aku pun belikanlah dua keping murtabak daging.

sumber gambar : chybeelila. Sedapnyaaa murtabak ni

Lepas terawikh semalam, ayah aku nak makan murtabak yang dibelikan. Dah potong dan hidang semua, tinggal nak ngap je.... 


ALAMAAAAAAAKKKKK!!!!! Murtabak tu tak masak lah. Potong stim betul. Murtabak tu tebal dan memang gebu tapi sebelah dalamnya tak masak. Masih tepung mentah. Inti daging dan telur tu pun tak masak. Hanyir!!! Lepas tu, kuah karinya dah basi. Semalam promosi bukan main. Kata murtabak dia paling laku semua lah. Aduhai kenapalah ada peniaga macam ni.

Tak baik tau menipu jualan macam ni. Dahlah barang makanan, bulan puasa pulak tu. Sedih aku kalau peniaga buat perangai macam ni. Geram sungguh bila ditipu. Kalau dah tahu basi, buang je pakcik makanan tu. Membahayakan pembeli tau. Kalau tang masakan pulak, buatlah elok-elok. Jaga kualiti bukan nak kejar kuantiti je! Tengoklah, hari ni kalau aku ada mood mungkin nak pergi komplen dekat dia. Kalau dia tak percaya aku tak boleh nak cakap apa lah, tapi sendiri mahu ingatlah pakcik kalau selalu tipu pelanggan, rezekinya dikira macam mana tu??

Nasib baik yong tau foo ni sedap. Terubat sikit hati aku yang terbakar tu...




p/s: berniaga biarlah jujur....
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search