Sudah! Aku Nak Tutup Blog Ini

- 01.42
advertise here

Dulu aku ingat jadi blogger ni best. Orang lain ada blog teringin nak ada blog jugak. Semangat nak update blog tiap-tiap hari. Facebook pun dah tak layan. Tapi bila dah setahun jadi blogger, rasa muak dan bosan pulak. Bukan ada apa pun kat blog ni, sekadar tempat coretan dan luahan hati yang entah apa-apa. Ahh! Aku dah boring dengan blog. Aku bukan benci korang tapi kerana sebab-sebab kat bawah ni la yang buat aku nak tutup blog ini selamanya.

1. Trafik yang tak tinggi

100 orang je yang melawat ke blog aku setiap hari? Biar betul. Berjuta-juta blogger kat Malaysia, yang ni je sudi singgah ke blog aku. Sedih, memang aku sedih sangat. Bila orang tak ramai melawat, konpem la trafik tak tinggi. Setiap kali aku post entri, 5 minit sekali aku refresh page nak tengok berape orang yang baca post aku. Bila tengok trafik dari pagi sampai malam tak berubah-ubah jugak, memang stress. Tak ada orang pun yang sudi singgah. Aku nak tutup blog ni!

2. Tak ada orang komen

Buat penat je aku tulis entri beratus-ratus. Macam-macam jenis cerita aku tulis tapi berapa orang je yang komen. Tak berbaloi langsung. Nampak sangat la korang tak suka komen post yang aku tulis kan. Orang kata nak suruh orang datang komen blog kita kena blogwalking komen blog orang lain terlebih dahulu. Dah dekat 500 blog aku komen tapi sorang pun tak datang balik komen blog aku ni. Apekejadah macam ni? Korang ingat aku komen guna air liur ke? Aku nak tutup blog ni!

3. Followers yang tak bertambah

Aku tengok orang lain baru 4 bulan jadi blogger dah ada hampir 500 followers. Aku punya setahun jadi blogger, followers aku ciput je. Boleh kira dengan jari. Apa salah blog aku ni sampai korang tak nak jadi followers aku? Aku sanggup follow blog korang tapi bila bila suruh follow balik sorang dua je yang buat macam tu. Adakah kerana aku tak cantik, aku tak hensem korang tak nak jadi followers aku? Sampai hati korang diskriminasi aku. Aku nak tutup blog ni!

4. PageRank yang tak naik

Aku dah update blog setiap sejam sekali. Orang kata kalau kerap update blog nanti bila orang search dekat encik google senang nak keluar entri yang ditulis tu. Secara tak langsung, pagerank akan meningkat. Korang sembang je banyak. Dari dulu sampai sekarang pagerank aku 0/10. Ape cerita ni? Aku nak tutup blog ni!

5. Earning Nuffnang yang sedikit

Blogger lain setiap minggu aku tengok update pasal earning yang diorang dapat. Tak campur lagi dengan buffered earnings. Aku nak harap dekat earning Nuffnang 100 tahun lagi baru boleh cashout. Yalah, dah korang tak sudi melawat blog aku nak dapat duit hasil blogging macam mana? Check earning dekat Nuffnang ada RM 3 je untuk tempoh setahun. Orang kata buat blog dapat duit ribu riban. Phuii!! Korang semua penipu besar. Aku nak tutup blog ni!

6. Tak ada idea nak update

Kenapa la aku susah sangat nak dapat idea nak update blog ni ? Orang lain hari-hari boleh update. Kadang-kadang sehari 10 entri dia update tapi aku nak taip satu entri pun payah. Lepas tu blog ditinggalkan lama tak diupdate,naik malas nak update balik. Hmm, aku nak tutup blog ini. Dah la duit tak masuk, followers tak ramai, trafik tak tinggi-tinggi lepas tu idea nak update blog pun takde. Kalau macam ni buat apa aku buat blog ni ha? Buat penat je,tulis-tulis tak jadi apa. Sudah la, aku nak tutup blog ni !! Selamat tinggal semua .

________________________________

Ok, dah habis baca? Semua kat atas tu drama semata-mata..hehehe. Berdasarkan pemerhatian aku, ini adalah runggutan daripada blogger yang risau dengan trafik mereka yang tak naik-naik, followers yang tak bertambah, pagerank yang rendah, earning yang sedikit dan kehabisan idea nak menulis. Benda ni kadang-kadang boleh jadi pressure jugak.

Sape yang pernah rasa macam ni? Dulu aku pernah rasa macam apa yang kat atas ni tapi cepat-cepat aku tukar pendirian aku. Sebab semua orang bermula dari 0. Tetapi yang membezakan blogger itu adalah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya dalam dunia blogging. Peace :)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search