Rahsia Sebenar Untuk Dapat Buffered Earning Nuffnang

- 22.59
advertise here

Dua hari lepas aku ada hantar ticket/email dekat Nuffnang sebab nak dapatkan penjelasan macam mana Nuffnang bagi Buffered Earning tu kepada blogger. Selang beberapa hari diorang dah reply email aku. Sebelum ni asyik duk cari dekat internet je cara-cara nak dapat BE. Tapi sebab tak puas hati, aku tanyalah Nuffnang sendiri. Melalui penjelasan yang diberikan, faham la sikit-sikit macam mana BE dibagi kepada blogger.

Secara ringkasnya, untuk mendapat Buffered Earning, anda perlu dipilih oleh advertiser terlebih dahulu untuk mengiklankan diorang punya iklan. Terdapat beberapa faktor yang akan menentukan peluang anda dipilih. Antaranya :

1. ISI DAN UPDATE BLOG SURVEY

Advertisers hanya memilih blog yang sesuai dengan sasaran kempen pengiklanan mereka. Jika blog anda sesuai dengan sasaran tersebut, kemungkinan blog anda untuk dipilih juga adalah tinggi. Nak tahu sama ada blog anda sesuai atau tidak, kenalah isi blog survey terlebih dahulu. Blogger yang tidak mengisi blog survey dengan betul mungkin tidak akan menerima kempen iklan dari advertiser dengan kerap. Ini kerana mengisi blog survey dengan betul dapat membantu advertisers untuk memahami blog anda dengan lebih baik. Selain daripada itu, blog yang didaftarkan tanpa mengisi blog survey juga akan turut diabaikan oleh advertisers kerana mereka tidak pasti sama ada blog anda sesuai untuk iklan mereka atau pun tidak. So, pastikan anda isi blog survey tersebut dan update dari masa ke semasa.

2. PEMASANGAN IKLAN

Advertisers membelanjakan wang yang banyak untuk mereka bentuk iklan dan membeli ruang iklan supaya iklan mereka dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai pemasangan iklan yang betul dan optimized sahaja. Pastikan anda meletakkan iklan tersebut ditempat yang sepatutnya untuk menarik perhatian advertisers ini. Terdapat 3 tempat dimana iklan tersebut perlu diletakkan iaitu Skyscraper, Leaderboard dan Large Rectangle. Contoh seperti gambar di bawah. Jika anda tidak memasang unit iklan seperti yang dikehendaki, ianya akan mempengaruhi keputusan advertisers untuk meletakkan iklan di blog anda dan mereka hanya memberi perhatian kepada blog yang mematuhi spefikasi pemasangan iklan yang tepat sahaja. So, pastikan iklan Nuffnang anda diletakkan pada tempat yang sepatutnya.


 

3. STATUS BLOG

Status blog juga memainkan peranan yang penting. Kebiasaannya, advertisers cenderung untuk memilih dan mengiklankan kempen mereka di blog yang berstatus Glitterati. Bagaimanapun, blogger yang berstatus ordinary atau ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen pengiklanan mereka tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding blogger yang berstatus Glitterati. So, nak tahu status membership anda, tengok dekat akaun Nuffnang.


Dalam email tu, tak ada pulak sebut pasal trafik. Maknanya trafik yang tinggi bukan syarat utama nak dapatkan Buffered Earning. Jika traffik korang maintain 150 hingga 300 UV sehari pon korang still bleh dapat iklan BE. Cuma jika UV korang melebihi 1000UV sehari memang korang boleh mendapat nilai BE yang boleh mencecah RM10 sehari. Blog pun tak perlu update setiap hari. Tapi tak kisah la kalau nak update. Blog kita ikut kita la kan. Industri pengiklanan pun kadang-kadang bermusim jugak. So, mungkin ianya mengambil masa sedikit untuk seseorang blogger itu mendapat BE. 
 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search