Dating Dengan Blogger Sabah Pulak!

- 23.07
advertise here
As Salam semua

Dating lagi. Ehem memang seronok. Blog ni memang penyatuan dua hati lah. Tak kira lah kau duduk sorang Utara mahupun sorang Selatan. Tapi kalau ada jodoh, Insya-Allah bakal ketemu juga. Masa cuti mid-sem lepas, dah jumpa dah seorang blogger yang paling cun abad ini. La ni, bila balik KL, Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan salah sorang blogger comel jugak. Cute je budaknya. Sopan je. Cakap lembut je. Tak macam aku, cakap macam pakai speaker. Kehkehkeh.

Blogger yang aku maksudkan adalah Cik Lyeen. Dia ni memang dari hari tu dok mengajak aku untuk dating. Sebab kiteorang dekatnya, sebelah-sebelah campus. Kalau kentut pun bau lah senang ceritanya. Jadi, dipendekkan cerita, semalam sempena Hari Agong, aku pun berdatinglah dengan Cik Lyeen kat Mid Valley. 

Cik Lyeen comey kan? 
Amacam comel tak? Haruslah comel kan. Lembut je dia. Taksub aku terbuai suara lembut dia. Part paling best, Cik Lyeen belanja aku makan McD semalam. Weehooo! Suka ;) terima kasih Cik Lyeen. Macam-macam kami borak kan. Dari cerita kampus membawak kepada Sabah semua. Pandai ni Cik Lyeen promote hometown dia, Tawau. Aku lagi meroyan nak pi Sabah sebab macam-macam ada! Aiyoooo feeling naik beloon bah! Aku macam teruja sangat nak jejak kaki ke Sabah. Banyak tempat best je dengarnya  ni ha... 

Lepas dari borak dan makan-makan tu, Cik Lyeen kata nak pegi usha buku sekejap kat MPH Bookstore. Nak habiskan baucer buku dia. What? Belum habis! Bagi kat aku sekeping dua. Sekejap je aku boleh setelkan. Kehkehkeh. Tapi at last, bukan dia yang membeli nya. Orang yang takde baucer buku ni yang beli. 

moga menjadi panduan seumur hidup aku yang sering leka ni
Aku suka terjemahan Quran ni sebab presentasi dalamannya memang mesra pengguna. Dia combine sekali ayat Qurannya dan terjemahan sebelah-sebelah. Tak perlu selak-selak depan-belakang-depan belakang, dan paling menarik setiap intipati ayat tersebut di-bold-kan. Jadi memang mudah nak faham ayat berkenaan mengenai apa kan. 


Lepas dari pergi MPH Bookstore tu, aku rasa macam kosong pulak tak bagi apa-apa pada Cik Lyeen. Aku pun singgah Miss T Shop sekejap.*time ni Cik Lyeen pergi toilet.* Belikan souvenir untuk Cik Lyeen. Segan ah orang berbudi kita tak reti berbahasa kan. Harapnya Cik Lyeen suka dengan souvenir tu. Sebab aku memang suka sangat dengan benda tu, dan aku pun ada satu! Guess what???

Kalau nak tahu, korang kena lah datang Blog Cik Lyeen Cupcakes ni. Tunggu dia update nanti okeh!


p/s: Ehem, dengan sapa lagi ni nak dating? *mencari mangsa*







Advertisement
 

Start typing and press Enter to search