Nak Tipu Pun Agak-Agaklah!

- 22.46
advertise here
As Salam semua

Dah lama pulak aku tak post entry edisi panas hati. Macam Karam Singh Walia pulak. Tapi kalau ikutkan hati memang aku nak panggil je mana-mana wartawan suruh terjah orang-orang macam ni. Keje nak menipu je tak habis-habis. Geram aku. Ceit!



Hari Rabu lepas aku ke Mid Valley dengan Cik Lyeen. Nak tanya pasal upgrading OS5 kepada OS6 untuk BB aku. Pegi 3rd floor (tempat-tempat gadget) than aku tanya satu kedai kat situ. 

Aku: Boleh upgrade os5-os6 untuk Bold 2?
Cina Mid: Tak boleh! Bold 2 memang restricted untuk os 5 saje! 
Aku: Ha? Tak boleh, tapi i bukak BB webpage kata os 6 compatible untuk semua Bold and kawan i pun upgrade. Boleh je?
Cina Mid: Mana ada! Kalau kawan u boleh, u suruh dia lah! Buat apa datang sini?
Aku: *eh kau ni. aku tanya baik-baik jawab gtu. Malas nak bertekak* Takpelah thanks. 

Pegi kedai betul-betul sebelah kedai tadi. Cina Mid tu tengok je kiteorang. 

Aku: Sini boleh upgrade os5-os6 for bold 2?
India Mid: Boleh. Bold 2 boleh upgrade untuk os 6. Tapi kiteorang takde service tu. You kena pergi kedai software. 
Aku: *yesss! aku pun apa lagi terus jerit kuat sikit*. Haaaa boleh kan! Os6 boleh masuk Bold 2. Kalau tak tahu cakap tak tahu, jangan cakap tak boleh. *sambil aku jeling cina tadi. dia buat dek je!* 

Than, semalam aku ke Digital Mall dengan Yaya. Pergi satu kedai kat 2nd floor. Datang seorang cina dan aku pun tanya. 

Aku: Kat sini boleh upgrade BB dari os5 kepada os6 tak?
Cina A: Boleh. Tapi takes time sikit
Aku: Any charges? 
Cina A: Yep. RM 80. *muka kerek macam nak tak nak je layan!*
Aku: Ha? 80? *mahalnya* than any back-up for my data or it will be lost? 
Cina A: Lost. Just like you re-format your phone. Kalau nak back-up tambah lagi duit.
Aku: Hmmmm, takpelah. Thank you. 


Muka aku tak puas hati ni. Dalam kepala dah mula pikir, tak kan mahal macam tu? Gila apa! Pegi lagi tanya satu kedai, betul-betul depan kedai tadi. 


Aku: Sini boleh upgrade os5 to os6 for BB? 
Cina B: Boleh. 
Aku: How much for that?
Cina B: RM 30 only and it takes 20 minute. 
Aku: What! *mata bersinar. murah kot* Siap back-up ke? 
Cina B: Ye, siap backup. Jangan risau. Tak hilang data awak. 
Aku: Ok, deal. 

Aku terus pandang Yaya. See. Senangnya orang sekarang nak menipu pelanggan hidup-hidup. Macam tak percaya aku. Dalam masa split beberapa second, aku boleh terselamat dari jadi mangsa penipuan. Kalau aku taksub dengan Cina A tadi tu, sia-sia ke boleh melayang duit aku gitu je. Padahal benda yang dimasukkan sama je. Aku tak tau lah cina A tu jenis racist ke apa, tapi memang sangat melampau lah harga yang dia letak tu. Cina B tu, walaupun muka macam nak tak nak je layan aku, tapi cara dia bagus je. Sabar layan aku tanya itu dan ini. Yang paling penting, harga dia letak tu memang berpatutan. 

Kesimpulannya, 

1. Sebagai pengguna, kita kena rajin survey harga. Jangan terus percaya pada satu peniaga.
2. Kalau orang tu kerek layan kita, kita tinggalkan je. Macam kita nak hape je dilayan begitu. 
3. Peniaga atau mereka yang berkaitan customer service, janganlah bias-bias antara customer dan layanlah customer anda dengan elok. Mereka kan sumber rezeki anda!


p/s: entry ni bukan nak melaga-lagakan sesama kaum. Cuma peringatan kepada semua pengguna sahaja! Don't get it wrong. 








Advertisement
 

Start typing and press Enter to search