Trend Cover Handphone

- 08.28
advertise here
As Salam semua

Aku pengumpul tegar cover handphone. Suka sangat tengok design yang pelbagai warna, rupa dan corak. Macam-macam ada. Lagi sekarang ni kan, memang banyak artwork untuk cover handphone ni. Pilih je nak yang macam mana. Comel belaka. 

kalau cute, angkat tangan!
Semalam aku tambah lagi koleksi casing handphone aku. Beli 3 terus. Sebab bukan senang nak dapat jenis macam ni. Sementara ada stok dan ada duit, aku rembat lah kan. Paling penting, ini semua warna yang memang dah lama aku mengidam. Jadi sekarang ni dah bertambah kepada 10 lah cover handphone aku. Aku selalu jeles dengan Iphone 4. Cover diorang semua lagi comel dan senang didapati. Geram je rasa. 

ini 3D. comel gila. rasa korean sikit. HUH? 
Memang dah lama aku mengidam this envy purple. Aku ingat dia jenis hard cover, rupanya silikon.
 So smooth. Siap ada diamond materials lagi. 
Ngeri jugak aku nak pakai. Tapi comel seyh! 
Aku memang sangat kerap tukar phone cover ni. Ikut mood pun ada jugak. Kadang tu memang aku prepare letak dalam handbag sampai 3-4 cover. Sekejap tukar ni, bila dah boring tukar tu pulak. Kadang ikut colour baju. Mak datin sangat katanya! Kehkehkeh. 

Sebelum terlupa!

Semalam aku sekali arung sambut besday salah sorang kawan baik aku masa STPM dulu. Birthday dia dah lama dah lepas, bulan Disember lepas. Tapi baru semalam aku berkesempatan jumpa. Sebab dia tengah praktikal kat Penang. Tak kisahlah celebrate lambat ke cepat, yang penting kita ingat kawan kita selalu kan and I will try my very best to make all my friends happy. Sambut kecik-kecik je. Dimulakan dengan di Sushi King dan melarat ke Secret Recipe.

Geli atau cantik?
strawberry marsmallow yang lazat dum dum

Pada Amelia Md Noor,


Selamat Ulang Tahun Kelahiran, 
Moga Barakah, Rezeki dan Nikmat Allah sentiasa mengiringi kau sepanjang hidup. 
All the best ;) 



Sincerely, your another soulmate

wajiblah ada gambar anak gajah ni kan? 



p/s: Nanti aku update, camera apa aku pakai selama ni.. Sabar ye!





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search