Bff vs BF. Mana Pilihan Anda?

- 23.18
advertise here
As Salam semua

Bagi kehidupan seorang perempuan, kehidupan akan lengkap bila wujud dua jenis manusia yang bernama boyfriend yang Insya-Allah bakal menjadi suaminya kelak dan satu jenis lagi ialah BFF atau senang cerita kawan baik. Kedua-dua jenis manusia ni sangat membawa pengaruh besar dalam diri seorang wanita. Malahan, pincang salah satu boleh membawa petaka dan mungkin kemurungan yang tidak terbatas dalam diri wanita itu. 



Namun, kadang-kadang wujud situasi yang memeningkan kepala. Pabila diminta pilih antara BF dan BFF. Disebabkan fungsinya yang lebih kurang sama, ramai di antara wanita tersalah pilih. Kajian yang aku baca pagi tadi menyatakan wanita lebih memilih BF daripada BFF apabila berada dalam keadaan serba salah. Ini kerana, mereka menganggap BF mampu memberikan memori yang jauh lebih indah dalam hidup mereka berbanding BFF. 

Entah. Aku tak tahu. Lain orang lain perangai kan. To be honest, bagi aku sendiri, aku lebih memilih dan melebihkan BFF. Iyer, tahu peri pentingnya BF tapi dari segi pengorbanan dan kesudian menerima diri kita seadanya adalah BFF bukan BF! Dalam hidup aku, aku kurang gemar lah kalau bila kau hang out dengan BFF korang tapi korang sibuk sms atau call memanjang BF kau tu. Even masa kau nak berbual dan berseronok pun kau masih layan BF kau. Silap gaya, it looks like kau sorang je yang mengepoh, yang sorang lagi stick kat handphone je.  Salah ke kalau kau spent masa kau betul-betul dengan BFF? Than, the rest of your time bagilah pada BF kau. Aku tak kisah. 

Masing-masing ada pendapat sendiri. Cumanya, macam aku kata tadi lah kan, BFF adalah orang yang menerima kau seadanya. Yang sanggup meneman kau di kala susah dan senang. Dikala kau bodoh dan kau pandai. Yang sudi menjadi bahu dan menadah telinga bila BF kau buat perangai. Malangnya, BFF hanya sekadar mengisi kekosongan! Tak baik tau macam tu.... BFF tak harap pun kau timbunkan emas permata, cukuplah sekadar kau bagi ruang dan sedikit masa untuk sama-sama menangis dan ketawa! Apa pilihan korang pula? 



p/s: The one who pick you up when you fall is your friends... after he/she finish laughing!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search