Nasib Baiklah Dapat Hadiah Charles & Keith. Kalau Tak, Dah Lama Pakcik Tu Aku Kerjakan...

- 23.37
advertise here
Salam semua

Haish, memang berangin dan berasap hari ni. Cuaca kat luar mendung tapi hati aku kat dalam ni terbakar-bakar. Ibarat kata Karam Singh Walia, "Kampung terbakar nampak asapnya, hati terbakar tak siapa yang tahu!" Ceh. 

Lepas habis kelas aku ke Seksyen Kemasukan dan Rekod UM. Dengan niat nak mendaftar subjek. Minggu add & drop memang dah habis. Tapi aku tunggu result untuk permohonan lebih kredit hours berjanggut lamanya. Sampaikan ke hari Ahad yang jugak merupakan hari terakhir add&drop, masih belum diluluskan lagi. Geram. Jadi pagi tadi, aku check rupanya dah diluluskan. Alhamdulillah. Aku pun bergegas ke SKR sebab tak nak buat kerja bertangguh. Bertuah sebab orang tak ramai. Sampai turn aku, aku pun dengan sopan santunnya bagitaulah tujuan sebenar datang ke SKR. 

Aku: ...bla...bla...bla... jadi saya nak daftarlah subjek tu.
Pakcik: Apasal awak tak daftar pada 24&25 haribulan? Kan dah approve since 23hb? Susahkan orang je! *wat dia kata aku menyusahkan??? 
Aku: Saya dah check setiap hari. Pagi ni baru result tu diapprove dan diupdate. Tengok-tengok 23 hb dah approve. Kalau saya boleh buat sendiri, dah lama saya buat. Tak yah susah payah saya datang sini dan menyusahkan pakcik.
Pakcik: Itu bukan masalah saya, sebab dah diapprove 23 hb iaitu sebelum dateline, jadi sekarang ni awak kena bawak surat akuan daripada penyelaras than barulah saya lepaskan untuk add subjek.
Aku: Haaa??? Macam tu ke? Bukan salah saya kot, SKR yang update kat sistem lambat. Macam ni susahlah saya. Mungkin dia approved memang 23 hb tapi update baru pagi ni kot?
Pakcik: Itu salah sistem, bukan salah saya. Bila SKR nak update sistem, itu kuasa kami.
Aku: Terima kasihlah pakcik. Esok bukan surat saya bawak, saya bawak sekali dengan penyelarasnya... *hanya mampu cakap dalam hati*

Ceh, macam tu punya senang kerja dia boleh kata aku menyusahkan dia? Sumpah geram. Inilah masalahnya bila semua benda online. Boleh ditipu. Dan aku mangsanya. Approved tarikh lain, update dalam sistem tarikh lain. Mentang-mentanglah ada kuasa, sesuka hati je manipulate benda ni. Kata aku menyusahkan dia, yang sistem dia menyusahkan aku dan kawan-kawan tak nak pulak ditanya? Berapa banyak kawan-kawan aku satu UM mengeluh kata sistem down, sistem problem sentiasa. Tak nak pulak dipersoalkan. Sabar jelah pakcik! Kesimpulannya, JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN SISTEM KOMPUTER ni!


Senyum lebaq

p/s : Nasib baik terima 'hadiah' daripada SI DIA. Senyum ears to ears lah kan?


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search