Rimaslah Dengan Perempuan Yang Obses Dengan Kecantikan Ni!

- 01.27
advertise here
Salam semua

Hari Ahad merupakan hari terbaik untuk membongkang bagi student macam aku. Setelah segala persediaan untuk tutorial dan kelas disempurnakan, aku allocate sikit masa untuk berblog. Walaupun tak sekerap masa honeymoon 4 bulan, tapi at least sehari mesti aku blogwalk ke blog kawan-kawan. 


Back to my topic today. Itu memang pengakuan jujur aku. Aku sangat rimas dan annoyed dengan sikap sesetengah perempuan yang terlalu obses untuk cantik. Ye, aku pun perempuan. Aku pun suka pada kecantikan dan kesempurnaan. Cuma tolonglah jangan terlalu over. Boleh menimbulkan ketidakselesaan pada orang sekeliling tau!

Bayangkanlah daripada pagi celik mata, dok calit muka dengan entah produk apa entah. Lepas muka, trim kening, lepas tu belek hidung sat. Sekejap tu, tepek-tepek bedak ke, krim ke. Macam-macam produk. Dari Subuh sampai la ni haa nak masuk Asar. Tak sudah-sudah menelek muka. Kalau menelek buku entah lah jugak. Memang aku respect! Ini tidak. Annoyed sangat ok! Aku tengok muka kau sama je dari tadi. Takdelah stunning sangat! 

Dalam dunia perempuan mana yang tak suka untuk cantik. Lebih-lebih lagi di hadapan kaum Adam. Tapi, cuba fikir sekejap. Betulke lelaki itu yang halal bagi kita untuk berhias dihadapannya? Bukan ke Islam suruh kita berhias di hadapan SUAMI SAHAJA? Boleh, berhias dan bercantik-cantik. Tapi biarlah berpada. Jangan over! My personal view, CANTIKKANLAH DALAMAN SEKALI. JANGAN DOK SEBOK CANTIK LUAR SAHAJA.  

Sekian terima kasih.

P/s: Semua orang pun ada cantiknya sendiri...



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search