Peserta Contest Blog Aku Kena Gigit : Sila Undi Korang Nak Hadiah Apa?

- 21.00
advertise here
Salam semua  (friendly reminder:this is a sticky post.)


-----------------------UNDIAN TAMAT-------------------------


Pengiraan markah telah disiapkan,
Nama pemenang telah aku ketahui,
Tunggu masa untuk diumumkan,
Alamak, ada satu masalah lagi!



Berpantun pulak aku lepas berbuka ni. Kehkehkeh. Baiklah, aku tau ramai para peserta Contest Blog Aku Kena Gigit yang sabar menunggu keputusan contest kan? Insya-Allah kalau takde aral melintang hari Sabtu aku akan umumkan siapa pemenangnya. Macam ni, kalau korang ingat, aku dah janji kepada semua peserta contest aku, ada dua hadiah akan diberikan:

1) Bila aku buat giveaway, peserta Contest Blog Aku Kena Gigit yang join giveaway tu akan dapat dua nama untuk di listkan. ---RUJUK SINI---
2) Semua peserta yang kurang bernasib baik untuk contest kali ni turut akan menerima 'hadiah saguhati'.---RUJUK SINI---

Jadi, untuk merealisasikannya bagi bahagian (2) tu, korang kena undi 'HADIAH' apa yang korang nak. 












Undian tertinggi akan aku ikut sebagai "HADIAH SAGUHATI" kepada semua peserta contest yang kurang bernasib baik kali ni. Undian dibuka sehingga jam 12 tengahari esok (Khamis 18/8/2011). Keputusan undian akan aku war-warkan dan buat sedikit penjelasan. Secara jujurnya, kalau boleh aku nak bagi semua menang. Macam aku bagitau, masing-masing ada kekuatan tersendiri. Memang persaingan sengit! Sukar nak tentukan sapa pemenangnya. Jadi, aku harap korang semua jangan putus asa jika kali ni rezeki tidak memihak kepada korang ye. Jangan merajuk dengan aku pulak. Insya-Allah aku akan cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak...


p/s: Undi ikut hati bukan ikut kawan! =)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search