Kau Period Pun Kau Post Kat Facebook?

- 19.04
advertise here
Salam semua


Alahai budak-budak advanced sekarang ni! Status FB ni macam-macam yang aku tengok orang update sempena Ramadhan. Aku pun suka jugak. Tapi, lebih prefer untuk letak kata-kata hikmah atau hadis lah. Kata orang tu, nak share ilmu kat mana-mana pun boleh ye tak? Tapi kan tolonglah jangan post status pasal 'period' di bulan Ramadhan ni. Annoyed sangat okeh! Macam dah takde benda lain lagi nak cerita. Pasal benda bawah kau tu pun, semua orang kau nak bagitau. Selamba je aku tengok sorang budak perempuan ni update cam ni...

"Yeay, keluar darah! Tak yah poser selama 7 hari. Lama lagi bagus!"

Ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!! Gelilah! Aku terus hide je status macam ni. Bila dah keluar status macam tu, mula lah budak-budak lelaki turut sama komen. Dah kau yang pukul canang kan. Takde perasaan malu ke dik non oi? Kalau ye pun uzur, biarlah awak sorang je yang tau. Tak perlu update kat status FB. Bangga ek bila tak puasa? Ni lah yang jadik kalau sifat malu dah semakin terhakis. Kalau adik aku yang tulis cam tu kat status, dah lama aku backhand kan dia! 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search