Janganlah Kita Jadi Anak Macam Ni....

- 09.20
advertise here
Salam semua

Update waktu malam. Baru balik daripada terapi ayah. Alhamdulillah semakin pulih. Sapa-sapa yang ada saudara mara atau sahabat handai yang mengalami masalah strok mahupun sakit saraf, cubalah untuk buat terapi DISINI. Mana tahu jodohnya. Kita berusahakan. 

Bila seseorang pesakit strok menjalani terapi fizikal untuk belajar berjalan, duduk, mencangkung dan sebagainya kadang kala semangat pesakit tu menurun.  Jadi, kita ni sebagai orang yang sihat perlu bagi semangat dan sokongan pada pesakit bahawa dia boleh berjalan semula seperti biasa. Semangat dan motivasi yang diberikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan lah yang dapat mempercepatkan proses pemulihan pesakit strok tu selain daripada semangat yang kental dari pesakit itu sendiri. 


Malangnya, daripada apa yang aku perhatikan di pusat terapi tu, ada sebahagian ahli keluarga lebih-lebih lagi si anak tak peduli pun dengan terapi mak atau ayahnya jalani. Kesian aku tengok orang tua mengerang sakit sampai menangis-nangis. Cuma dibantu dengan 2 orang pelatih. Anak-anak nya hanya tengok dari jauh. Bukannya nak bagi semangat atau pun minumkan air ke. Semua diserah pada pelatih. Yang lebih dashat, ada anak yang duduk jauh-jauh sambil hisap rokok atau berbual-bual. Tak peduli pun mak tu jatuh ke, nangis ke, teriak ke. Apa punya anak lah orang tu. Geram aku tengok. Takde langsung sifat belas kasihan pada mak atau ayahnya. Dibiar kesakitan sorang-sorang. Kadang tu aku rasa macam nak pegi sebelah anak dia jerit "Hoi, kau ni tak guna datang sini kalau nak berborak atau hisap rokok je. Tak reti ke bagi semangat pada mak kau tu! Apa punya anak lah kau ni!" sumpah aku geram dengan orang yang takde perasaan macam tu! Mungkin dia fikir, dia dah tolong hantarkan ke pusat terapi maksudnya tugas dan tangguungjawab sebagai anak dah setel. Oh no! Salah tu.... Selagi mak ayah ada, berbaktilah....

Tolonglah anak-anak sekalian, kalau kita ada ahli keluarga atau sahabat handai yang sakit, kalau kita tak mampu bantu dari segi kewangan, bantulah dari segi psikologi dan semangat. Itu lagi baik daripada takde apa apa. Janganlah pentingkan diri sendiri. Bila sakit ni, penawar yang paling baik adalah kesenangan hati dan sokongan moral dari keluarga. Kita tunjukkan pada pesakit bahawa kita sayangkan mereka. Bagi kata-kata positif dan rangsangan. Insya-Allah mereka akan lebih cepat sembuh. Janganlah kita lepas tangan. Mentang-mentang ada pelatih atau nurse yang ditugaskan, kita serah bulat-bulat pada mereka. Kan lebih elok kalau sama-sama bantu. Mesti pesakit  tu cepat baik! 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search