Dapat 2 Hadiah Extreme Best Dalam Seminggu!

- 09.00
advertise here
Salam semua

Entry kali ni ditulis dalam mood gembira! Mestilah kan mana tidaknya, minggu ni aku terima dua hadiah best yang hot lagi cool gitu. Dihantar khas sampai depan pintu rumah oleh Abang Pos Laju! Melompat-lompat happy tau dapat barang baeeeeek punya!!!

Hadiah yang pertama sampai kat rumah aku ialah Electric Oven! Sebelum ni kat rumah aku cuma ada Microwave Oven dan tak berapa sesuai untuk buat kuih atau kek. Memang teringin benar aku nak oven ni. Kononnya nak asah bakat memasak lah sempena cuti 4 bulan ni katanya kan. Buat kuih sedap-sedap, tak pun buat kek yang gebu-gebu ala-ala Cik Mat Gebu dari DTS tu kan! Kecur air liur aku tengok tau tak.

panasss...panassss!!

Nak buat kuih, nak buat kek, nak panggang ayam, semua boleh!

Ceritanya, electric oven ni, aku redeem points daripada BonusLink sebenarnya. Habis semua point redeem oven ni. Jadinya, kena kumpul semula lah kan. Tapi, memang berbaloi jugaklah. Tak terasa keluar duit!

Redeem dari Bonuslink Points
Kalau boleh, semua aku nak...food steamer ni pun mengancam kan.

Seterusnya, hadiah extreme best yang kedua. Yang ini memang ditunggu-tunggu. Certeka...certeka! Haaa sapa tak tau, boleh baca ENTRY PANAS INI.   Alhamdulillah, selamat sampai hadiah dari jauh ni....

Tiefazatie selalu je dapat box ni kan?
Cun kan??? Suka design dia. Double decker tu pun cute!

tak sabar nak pakai uolls
Memang seronok sangat tau bila dapat barang baru ni kan? Rasa excited nak guna. Esok aku plan nak buat chocolate cake tak pun nak buat puding roti. Untuk pertama kali ni, aku kena assist dengan mak atau mak cik aku lah kan. Sebab tak berapa confident lagi. Nanti kalau resipi tu jadi belaka, aku update ek! Teringin jugak nak post entry pasal makan-makan ni. Btw, wish me luck for CONTEST TOTIN JAMAIN! 






Advertisement
 

Start typing and press Enter to search