Kenapa Aku "Berbulu" Baca Blog Budak Bawah Umur?

- 09.56
advertise here
Salam semua

Hari ni masih lagi meneruskan kegiatan berjalan-jalan dari blog ke blog. Seperti biasa, macam-macam ragam. Macam-macam gaya manusia. Dunia blog kat Malaysia semakin lama memang semakin best. Tak dinafikan. Blogger ni tak kira usia. Masa aku blogwalk tu, ada yang paling muda usia 12 tahun. Kreatif gile budak-budak zaman sekarang ni. Hebat IT lah senang citer. Kiranya, matlamat pendidikan untuk lahirkan generasi celik IT tercapai. Bagus!

Tapi, as usual lah kan, bila budak zaman sekarang ni dah terlalu advanced, terlalu banyak pendedahan diberikan, lain pulak ceritanya. Blog budak-budak sekolah yang belasan tahun ni aku perhatikan tak sah kalau tak cerita pasal boipren atau girlfren masing-masing! Hikhikhikhik. Kelakar pun ada aku tengok dorang ni. Maklumlah cinta monyet katanya. First time kan, mesti excited. Kalau boleh semua benda nak dibagitau kat orang. Si dia suka makan apa, warna apa, buat apa selalu, mesej panggil apa, sebelum tidur buat apa. Semualah. Pendek kata, dari A sampai Z complete dicerita dalam blog. 

Pada hemat akulah, tak berapa elok sangatlah kalau umur masa muda remaja di alam sekolah ni bercinta serupa itu. Bukan aku jeles ke hape, tak kuasa mak nak.... nak jeles-jeles bagai ni. Cuma kadang-kala bila kita obses pada seseorang ni secara berlebihan kita akan alpa pada matlamat sebenar kita. Takut-takut kita akan lalai dalam belajar. Jauh lagi perjalanan hidup. Banyak lagi yang perlu dilalui. Macam-macam lagi rupa orang yang bakal kita jumpa kat luar sana. 

sumber: google
* kapit baeeeeeek punyerrrrr! 
Lepas tu, yang bagi aku berbulu lagi mata ni... dorang ni kalau bergambar dengan boipren. Hammmmmmbooi! Dah rupa laki bini aku tengok kan. Melekat sini, melekat sana. Pegang sini, pegang sana. Adoi dik...buruklah begitu. Rugi je, awal-awal dah bagi pegang sini sana. Belum tentu awak dapat dia tu dik. Kalau dari umur 14 tahun dah pegang-pegang, nanti dah sah nikah nak pegang apa? Dah jemu dik!!!  

Kat sini, bukanlah bermaksud aku membenarkan budak-budak universiti yang dah lepas umur tu boleh buat sesuka hati mereka.  Sebagai kakak dan abang, kitalah yang sepatutnya jadi contoh pada mereka. Kalau yer pun sedang dilamun cinta, janganlah keterlaluan. Jagalah batas dan adab. Janganlah landaskan cinta dengan nafsu semata-mata. 


Jadi, rasanya sebagai seorang kakak yang pernah melalui zaman yang sedang adik-adik lalui sekarang ni, usahlah asyik sangat bercinta. Cinta monyet ni jangan sangat dipercaya. Biarlah kita siapkan diri kita dengan sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh menjamin masa depan kita dulu. Siapkan diri dengan ilmu secukupnya sebab hanya dengan ilmu sahaja dapat mengubah nasib diri seseorang. Jangan asyik syok bercinta je, buku entah kemana. Rugilah dik kalau kawan-kawan adik semua seronok melalui campus life tapi adik NO LIFE! 

p/s: bukan semua blogger bawah umur begitu. ada juga yang becerita perihal alam persekolahan! =)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search