Premiere Screening Pirates of The Carribean 4:The Stranger Tides 3D Memang Osem & Ada Surprise Dari Nuffnang Untuk Aku

- 23.50
advertise here
Salam semua

Maaf...Maaf...Sorry...Sorry... aku tak update untuk 2 hari. Sebab aku tak berapa sihat. Demam selesema. Mana taknya, masa nak pegi dating dengan Abang Jack kena hujan. Tu yang balik Johor terus demam selesema.  Wo...wo...wo... esok 19 Mei kan, esok dah release lah Pirates of The Carribean 4 : The Stranger Tides tu kan?? Korang jangan jeles yer, aku adalah antara orang terawal yang tengok! Eh, apsal plak nak jeles? Tak mau gitu lah, kan aku dah cerita semuanya dalam ENTRY DATING DENGAN ABG JACK ni. Kan tak elok dating berdua, sebab nanti orang ketiga syaitonirajim kan? So, pada hari tu, aku pegi dengan akak aku. Jadi dialah orang ketiga tu. hahahahah.... sebelum tu, pi posing jap kat Centre Court yang juga sedang meraikan POTC!



Abg Jack dating dengan i bawak kapal uolls!

Burok benor ghupernya!

Anak kapal Abg Jack je ni... hahaha

Masa aku dating dengan Abg Jack ni, tak sangka pulak aku, Abg Nuffy buat kejutan! Sumpah terkejut korang! Mana taknya,  ENTRY INI terpilih sebagai 5 entry terbaik untuk contest Dating dengan Abg Jack! Bangga...bangga..... hahaha... sungguh tak sangka. Masa nak redeem ticket kat kaunter tu, dia tanya email pada aku, dan aku perasan email aku di'highlight'kan. Sekali, dorang shout "Congratulation!!!"  laaaaaa dapat BEST ENTRY rupanya! Alhamdulillah. Tapi kan korang, hadiah menang Best Entry ni, aku tak boleh guna lah. Sedih.... sebab....hadiahnya ialah.... tadaaaaaaaaaaaa

3 Botol O.P.I  Nail Laquer yang superb gojes colournya! Cun!!! 
Mahal pulak tu, setiap botol RM 59.00. Dan ini merupakan special edition sempena POTC!

Kalau bagi cash money sedap gak kan?
 Walau apapun sangat bersyukur. Sebab bukan senang nak dapat Best Entry. Maklumlah contestan semua superb-superb! Memang kreatif.

Kalau buat liptips bleh tak? ahahahah =)
Bercerita pasal kisah Abg Jack dalam POTC pulak, dengan senang dan rela hati aku bagi 5 bintang!!! Superb story! Pengembaraan Abg Jack kali ni  adalah untuk mencari Fountain of Youth yang turut dicari oleh kumpulan diraja Britain yang diketuai Kapten Barbosa dan kumpulan diraja Sepanyol. Macam-macam halangan terpaksa dilalui. Kelakar. Lagi-lagi part Kapten Jack Sparrow berbaik dengan Kapten Barbosa, yang satu masa dulu musuh ketatnya. Kelakar giler! Lepas tu, ada scene dengan mermaid yang sangat best. Cun giler kot mermaid tu. Lebih cun dari Maya Karin wa cakap lu.

sekoq mermaid kena tangkap
Untuk POTC ni, merupakan filem 3D pertama yang aku tengok. Kesian tak? Kesian tak? Hahahah. Mula-mula takut, sebab yerlah aku kan Budak Kaca Mata. Cam mana nak letak dua spectacles pada satu batang hidung kan? Tapi, sekali aku cuba, dia punya efek....mak oiiiiiii....IMPRESSSSSSS!!! I LIKE!

Blackbird eh salah Black Beard
Barbosa, musuh turun temurun Jack 
Senorita Angelica! 

So, penutupnya...korang yang cuti 4 bulan tu kan, pegilah tengok Abg Jack aku . Memang terbaeeeeek wa cakap lu! Jangan malu-malu kalau jumpa Abg Jack, dia peramah. hehehehe.... Tak lama lagi Transformer pulak kan? Lagi impresssssssss ni.... 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search