Adakah Buruk Perempuan Bersaiz XXL Di Mata Korang?

- 12.20
advertise here
Salam semua



Susah untuk aku elaborate tajuk kat atas tu. Tapi secara peribadi itulah yang dilalui seorang perempuan "seperti aku". Sapa kata perempuan "seperti aku" takde perasaan? Dah nama manusia kan? Mestilah ada. Kadang-kadang aku terfikir, adakah perfect perempuan yang kurus di mata masyarakat? Oh, mungkinlah sebab perempuan kurus pakai apa pun nampak cantik, cun melecun. lentik sana-sini. Kalau perempuan XXL, itu salah, ini salah. Itu tak kena, ini sarung nangka! Haisssshhh.... cemana tu?

Yer, aku tau kurus itu lambang kepada kesihatan (katanya) dan kalau gemuk itu boleh mengundang penyakit, tapi pernah tak terfikir berapa ramai perempuan XXL yang nak dia jadi XXL. Kalau dia boleh pilih pada Tuhan, dia pun nak jadi perempuan yang boleh pakai kebaya dan high heels hari-hari tau. Tapi adakah itu semua di tangannya? Adakah salah atau hina dia berkeadaan begitu? Adakah dia tak layak untuk dapat apa yang orang lain boleh dapat? Kenapa perlu orang di luar membataskannya? 

Lagi satu, kenapa lelaki selalu mendiskriminasi perempuan XXL? Katanya nak yang cantik, yang perfect. Tapi adakah diri lelaki itu cukup cantik dan sempurna untuk mendapat yang terbaik? Kenapa, hanya perempuan kurus yang mendapat 'high mark' daripada seorang anak adam? Kenapa perlu menilai dari luaran, kenapa bukan dalaman yang menjadi taruhan? Adakah pepatah "don't judge a book by its cover" tak relevan lagi pada masa kini? 

Terakhir, kenapakah susah untuk orang menerima "seadanya" seorang perempuan XXL tu? Hina sangatkah dia di mata masyarakat? Adakah dia tak layak untuk menerima atau menjalani laluan sebagai seorang perempuan? Kenapa kita perlu bias dalam hidup? Pernah tak korang cuba menerima sesiapa sahaja dengan seadanya dia itu?

Dan yang terakhir, adakah korang rasa bahawa HANYA PEREMPUAN KURUS yang boleh bagi kebahagiaan dalam hidup korang? 

P/s: Hanya terfikir sahaja....takde kaitan pada sapa-sapa. Paling-paling pun, entry ni berkaitan diri aku! Kepada perempuan kurus lagi cantik, jagalah kecantikan dan anugerah itu. Jangan menunjuk, takut nanti disimbah asid. Hehehehe....sorry!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search