Review Movie Baru : Senjakala - TIPIKAL SANGAT!!! Tak takut langsung.

- 16.52
advertise here
Salam semua

Update cepat sebelum aku menghadiri Program Youth Peace Assembly yang insya-Allah dihadiri Dr. SMS. Nanti aku update event tu ok. BTW, ni aku nak citer ni, malam tadi aku berkesempatan pergi tengok midnite movie kat GSC 1 Utama dengan kawan aku. Mula-mula nak tengok citer Limitless, tapi full pulak. Geram. Than, takde cite lain, mula lah aku membetulkan persepsi dan tengok citer Senjakala. Ala-ala Twilight nama kan. Filem tu baru release kat pawagam semalam. 


Dari pengamatan aku, bukannya aku nak bias atau pandang rendah filem Melayu tapi just satu perkataan yang aku boleh conclude kan iaitu " TYPICAL". Sangat-sangat tipikal. Tak seram mahupun takut langsung. Unsur kejutan yang dibagi semua boleh diagak penonton. Lepas ni hantu keluar kat mana, sebut apa. Semua macam kat cerita-cerita hantu melayu yang lain. 

Macam mana ye agaknya nak mengubah impak filem hantu melayu? Sebab terlalu lah boring. Sekadar bergantung pada efek sound yang kuat dan menyebabkan sakit jantung. Tak seram lah bang oi!!! Aku balik naik bilik pun tak rasa cuaknya, sebab tak de scene yang boleh aku ingat. Hmmm.... komen-komen yang aku dengar dari yang tengok malam tu, semua boleh agak scene yang bakal berlaku sebab terlalu tipikal. 

Jadi, aku rasa pengarah filem Melayu lagi-lagi yang jenis cerita hantu ni, you should do something sebab penonton semakin bijak. Saingan semakin sengit. Kalau tidak, jangan salahkan masyarakat jika tak sokong filem melayu. Cuba tingkatkan kualiti bukan kuantiti. Satu masa dulu pun aku pernah jugak membebel pasal cerita hantu malaysia kat ENTRY INI.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search